Monday, May 14, 2012

Monday Blues..!!!




Lagi 30 minit, pukul 5ptg masa untuk pulang. Huhu ISNIN datang lagi..Tapi yang tak best setiapkali isnin confirm malasnyer kaki nak melangkah pergi kerja. Even i don't want to get up from bed and my bantal keliling yang empuk...hehe. Sangat ler susah wahai hari isnin tiap kali kau menjelma.


Ini masalahnyer bila dah cuti sabtu ahad nak bangun pergi keje memang liat macam getah sekerap...betul2!! monday blue...huhuu...  Tapi cuba hari jumaat, segar bugar.. cepat je masa berjalan. Hehe. Confirm korang pun terkena jugak sindrom monday blues nih kan? liana pun tak terkecuali.

Selalunya monday blues nih dikaitkan dengan mood kita, especially bila bertemu hari ISNIN. Asalkan hari isnin je malas, liat...lemau satu badan. Apa yang berlaku bila hari isnin ialah lewat bangun,especially after a weekend of staying up late and sleeping in. Mangsa yang terlibat budak2 sekolah, jenuh nak mengejutkan diaorang nie..

Lepas itu, setiap sejam mata melilau tengok jam, rasa macam dah banyak keje buat tapi lambatnyer jarum jam  tu nak melepasi satu2 angka. Tak sabar nak tunggu petang.

Tapi cuba dah penghujung minggu, especially hari jumaat. Bukan main bersemangat nak plan pergi mana2. Yang bestnya bila time nak balik, buat kerja sampai tak sedar dah waktu balik. Time nie la terserlah ke’poyo’an masing-masing. Padahal dalam hati happy, badan di office tapi fikiran dah sampai rumah, sampai Genting Highland, sampai kat shopping complex, sampai sanan sinun situ.... Huhu. ^__^


oklah, jangan benci2 hari Isnin sangat. Nak tak nak setiap minggu baru pasti akan jumpa ISNIN. So, dari kita moody apa kata balik rumah ni try buat sesuatu yang special untuk family.

Makan homemade lamb, sampai lupa nak masukkan entry nie...
Kek ni liana buat hari jumaat hari tue, untuk dibawa ke bangi. Saje nak menjamu adik-beradik yang tidur rumah along weekend. Kek ni memang sedap terasa gabungan coklat dengan cheese + lemon.
Apa kata try sure evey monday bukan lagi Monday Blues...wakaka!!!


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Sumber Dapur : Azlita Aziz, yatie

Bahan Kek Coklat ( 2 adunan)
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanilla ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.
Lap mata pisau dan potong.
Selamat Mencuba!!!!....*__*

2 comments:

  1. salam ziarah sini, sedapnya tgk kek tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza : thanks yekk
      memang sedaap sgt2 ....bila potong comel2...sekali ngap jer...

      Delete