Thursday, May 17, 2012

Buttercream / Frosting / Ganache /Chocolate Topping

Buttercream merupakan salah satu bahan yang biasa kita gunakan untuk menghias @ deco kek. Selain menghias menggunakan buttercream, kita juga biasa menghias kek dengan whipped cream, fondant dan sebagainya. Buttercream jugak ada pelbagai rasa yang boleh kita tambah sebagai perisa ketika makan.

 Dalam banyak2 bahan memang buttercream selalu digunakan. Walaupun, ada sesetengah kedai bahan kek menjual buttercream yang siap dipakai, namun tidak ada salahnya kalau kita mengetahui cara membuatnya sendiri. Lagipun, bila kita buat sendiri rasa lebih yakin dengan bahan yang kita gunakan.

Lagi satu, buttercream yang dibuat sendiri, kita sendiri boleh tentukan rasa buttercream yang sesuai untuk kek yang hendak dihias. Di sini, ada sertakan link dan gambar dari blog kak azlita, samada buttercream/ frosting / topping yang pernah liana gunakan mengikut resepi kak Azlita dan beberapa link untuk memudahkan liana search...

Buttercream 1:
Buttercream asas, kita menggunakan butter dan krimwell.
Tekstur sedikit berminyak. Tapi ianya adalah krim yang tahan lama kalau diletakkan diluar.
Untuk dibawa ke mana2 atau menunggu tetamu datang dan tidak mudah cair.
Sesuai untuk Birthday kek atau cupcake. Sangat sesuai untuk membuat deco bunga atau apa2 paten yang nak dideco atas kek. Senang kata...senang bentuklah...especially guna nozel.
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/10/wafer-cone-muffin.html


Bahan-bahan :
80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kecil.
Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih
Gula icing diayak. Masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.


Buttercream 2 :
Frosting Butter Cream tidak tahan lama untuk diletakkan di luar.
Agak susah untuk mendeco bentuk2 bunga atau apa2 hiasan di atas kek.
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/12/checkered-rainbow-cake.html

Bahan-bahan :
80 gm butter
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dgn perlahan dan kacau adunan hingga rata.




Buttercream 3 :
Buttercream Cheese Topping yang menggunakan cheese. Ada beberapa cara untuk dapatkan buttercream cheese yang sesuai dengan kek kita.
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/04/carrot-oat-cake.html
Bahan-bahan :
1/2 ketul butter
1/2 ketul philadephia cream cheese
3 sudu besar gula aising
beberapa titis vanilla
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. Setelah kek masak sejukkan dahulu. Potong kek kepada 2 bahagian. Letakkan Cream Cheese toping atas lapisan kek yg telah dipotong. Kemudian tindihkan dgn satu lapisan lagi
**Jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar dan gandakan adunan cream cheese kerana tak cukup untuk satu adunan.

Cream Cheese Frosting contoh Red Velvet Cake
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/06/happy-family-cup-cake.html
Bahan-bahan :
125gm cream cheese philadephia
50gm butter
110gm gula aising - boleh kurangkan
1 cawan fresh cream/whipped cream - pukul hingga kaku
Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan
gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek




STABILISED WHIPPED CREAM
2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlahan sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan

Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi

CREAM CHEESE TOPPING
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/04/carrot-apple-jade-cup-cake.html
125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Masukkan adunan dalam piping bag
Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit
Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi.
Taburkan sedikit dengan parutan carrot
Hias ikut kreativiti masing2.
Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

APPLE JADE
Sedikit fondant putih
Sedikit fondant hijau
Sedikit bunga cengkih

Campurkan fondant hijau dan putih
Uli hingga ia terbentuk marble sahaja
Bentukkan bulat apple
Letakkan bunga cengkih sebagai tangkai
Hiaskan atas cream cheese

Link lain untuk frosting / ganache / chocolate topping / buttercream :


Mohon share gambar dan link sebagai info / rujukan liana....



8 comments:

  1. gambar x tahan...terliur kita tngok..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mrs Liana, resepi buttercream 1 itu , saya dah buat, untuk jualan saya, deko kek customer. First saya google, nak cari resepi dalam keadaan yg kelam kabut, ini yang saya jumpa. Terima kasih, keep up the good work for sharing.

    ReplyDelete
  3. thanks atas infonya :) .akan dibuat anak2 mesti happy

    ReplyDelete
  4. terima kasih mrs Liana nanti saya akan buat kek2 tu semua .kalau saya dh pandai nanti saya akan buka kedai untuk kek tu hihihi

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sis untuk info yang menarik. Boleh try untuk deco kek nanti.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sis untuk info yang menarik. Boleh try untuk deco kek nanti.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sis untuk info yang menarik. Boleh try untuk deco kek nanti.

    ReplyDelete
  8. nak tanya, kalau buat ganachae coklat utk topping, kalau tak de whipping cream boleh tak kalau ganti dgn susu cair? agak kental tak or sedikit cair..? terima kasih..

    ReplyDelete