Kali ni punya entry pasal bab makan-makan bersama family last weekend.
Macam biasa along and the whole family balik cuti hujung minggu untuk bulan 5.
Just angah tak balik coz ada hal perlu disettlekan..
Sebab sepanjang bulan 5 nie along and balong takde gi conference. First, along pergi Melbourne, Australia and the other weeks balong pulak conference di Bali, Indonesia.
Well, anak2 macam biasa kena tinggal sebab sekolahkan. Bakal menjaga diorang adalah Nekma dan maksunyer yang bakal cuti after exam..huhuu..
Teringat tahun 1993, masa ni mama Qaseh darjah 6. Cuti sekolah hujung tahun arwah papa bawa pergi bercuti kat Adelaide dan Melbourne, Australia. Kami pergi bertiga arwah papa, mama and liana. Angah?? kena tinggal coz kena jaga dak adik iaitu maksu pada anak2 buahnyer..hehe..time ni maksu Qaseh baru setahun hidup kat dunia..wakaka!!.
Pergi sana selain suka2, actually melawat Along yang further study in dentistry kat Adelaide. Arwah papa nak tengok Along study ke tak..haha. lawat Universiti also rumah sewa Along. Yang best dapat tengok kanggaroo, Koala dan binatang yang jalan terkedek2..penguin!!!.. ^_^
Diorang bagi seat pada tourist duduk kat tepi pantai, dalam keadaan gelap hanya ada torchlight dan guards jer...sejuk giles dengan angin tunggu penguin naik dari laut nak ke sarangnyer. Terkedek2 jalan kat sebelah kitaorang. Then, pergi tengok kanggaroo on feeding time. Geli tapak tangan kanggaroo ni semua makan. Bernasib baik dapat jumpa kanggaroo warna putih tapi tak banyak. So, inilah tarikan ke Australia.
Oklah, ni ringkasan citer.. nak citer sampai esok tak habis.
Kita dah penat jalan2 kat Australia, jom makan ikan plak.
haaa!! ni koleksi resepi projek semalam bila dah ramai2 berkumpul. Selain dari masak lauk tengahari seperti biasa, liana menyelitkan sedikit lauk yang liana cuba dari kak azlita. Ikan siakap bersos hitam. Asyik2 siakap masak 3 rasa, sekarang try resepi baru. Memang sedap dan lain rasanyer. Tip top!!!
Serta liana siapkan dessert untuk keluarga. Tiba2 tekak ni teringin nak makan bubur.
Bubur labu bersama cha-cha...hehe. yang ni resepi sendiri so, takde sukatan yekk.
Sumber Resepi: Azlita Aziz, Ummi
1 ekor siakap sederhana besar - cuci, tos dan kelar2.
1 labu bawang besar - didadu3 ulas bawang putih - dicincang
3 cm halia - dicincang
2 sudu besar cili kisar/cili giling
2 sudu besar kicap pekat ABC ( apa2 kicap pekat pun boleh jika tiada)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh cuka makan
sedikit air (+- 1/3 cawan)
garam dan gula secukup rasa
1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
1/2 biji lobak merah - hiris bulat
daun bawang untuk hiasan
Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang.
Resepi keluarga ^_^ ..orang tua dulu masak takde sukatan..hehe
Bubur Labu Cha-Cha
1 biji buah labu - dibuang kulit dan dipotong kecil2
200gm - Cha cha warna warni - boleh dapat di kedai runcit/pasar
400ml santan kotak - liana guna 1 biji kelapa parut dan perah.
2 sudu gula pasir - boleh kurangkan
1 1/2 - gula merah/ gula melaka.
daun pandan
labu direbus dengan sedikit air. tidak terlalu empuk.
basuh dan rendam chacha sekejap sehingga kembang.
Labu yang direbus tadi dicampurkan santan. Masukkan chacha,gula pasir, gula merah dan daun pandan.
Biarkan bubur masak. Siap untuk makan...!!
No comments:
Post a Comment