Apa itu Buttermilk?
Ingat!! ianya bukan susu + butter = buttermilk.
Buttermilk dan rasanya seakan yogurt atau susu masam. Ia lebih pekat daripada susu tapi
tidak sepekat krim. Daripada 1 gelen susu yang diproses hanya dapat menghasilkan
1/2 pint buttermilk.
Maka, dengan itu terjawab jugak segala persoalan macamana rupa paras buttermilk ni kan..
Ada jumpa?? Memang tidak dinafikan buttermilk ini susah nak dapat dikedai bahan kek atau pasaraya sebab buttermilk ni tidak tahan lama. Kes ini terjadi pada empunya blog ni ler ^__^
Nak buat sebijik kek tapi dia punya riuh macam sekampung nak makan..hehehe.
Gara2 nak cari benda ni..haishhh!! menyusahkan betul. Kita ni baru terjebak dalam buat2 kek, so merata cari buttermilk. Nasib tak pegi cari kat kedai ubat cina...kot2 terselit terjual kat situ...hehehe
Terima Kasih Mr.Google atas sumbangan gambar ini..*--*
Di bawah ini ada sedikit info bagaimana nak buat buttermilk sendiri @ manual..senang kata jimat ler..sebab penggunaan buttermilk yang sedikit dalam sesuatu adunan jadi tidak perlu membeli sekotak.
Jom!! kita share cara buat dari blogger tidak asing lagi..kak Azlita Aziz. Terima Kasih kerana berkongsi kalau tidak penat mama Qaseh ni asyik nak surfing internet *__*
http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/05/buttermilk.html
Cara Pertama :
Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar jus lemon
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.
Cara Kedua:
Gambar dari Azlita MasamManis |
Dengan mencampurkan susu bersama cuka makanan
Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar cuka makanan
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.
Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar cuka makanan
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.
Cara Ketiga:
Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream
atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream (jenama Anchor,Emborg, Payson Breton)
Oohh..dari Mr.Google lagi...
Gambar dari Azlita MasamManis
Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau
Double Cream atau Dairy Whipping Cream) hingga ia kental. Proses ini sama
seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula,
dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini menghasilkan
butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang
putih-kekuningan).
Gambar dari Mr.Google...
Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter. Jangan pulak buang bila tengok buttermilk yang terhasil bubble2. Buttermilik rasa seakan susu basi kerana kemasamannya sebab itu tak tahan lama kalau beli yang kotak.
Tapi!!..rupa dan rasa yang masam membuatkan kek yang menggunakan buttermilk lembut dan gebu. macam kek Red Velvet...huhuuu...
Cari whipping cream yang HALALdan mudah didapati di kedai bahan kek/pasaraya. Biasa kita lihat jenama ini Anchor,Emborg, Payson Breton.
Jadi pilihan di tangan anda..!!..gunalah kaedah yang mana sekali pun. Jimat pun yea jugak...^__^
Jadi pilihan di tangan anda..!!..gunalah kaedah yang mana sekali pun. Jimat pun yea jugak...^__^
Like it! Yes, i wanna try the second method at home. It's because I already have the milk and vinegar stocked in the kitchen! Thanks for sharing. But may i ask, what kind of milk did u use? Is it fresh milk, low-fat or full cream milk?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletehai qis kimura,
ReplyDeletesorry lambat reply...still in confinement
semua jenis susu boleh guna...xkira low,full atau fresh milk
yang penting sukatan seperti cara 1-3 nie...
mcm saya more prefer full cream...;))
Saya dah buat freshmilk dan cuka tapi tak menjadi.kenapa ye?
ReplyDelete