Saturday, February 18, 2012

Auntie Anne In The House !!!!

hye alll !!!...
Yes, akhirnya muncul jugak Auntie Anne kat rumah kami...
Selama ni asyik dok jumpa kat Mahkota Parade, Melaka, KLCC and dari jauh dah bau harum
perfume yang Auntie Anne gunakan...hahaha!!

 wangi sesangat sampai tertarik2 hidung nie...hehehe
Sure korang tertanya2 sapelah Auntie Anne yang mama Qaseh jumpa kali ni. errmmm...
taraaaa!!! ini lah dia yang dah datang umah kitaorang..huhuu...
Pretzel Auntie Anne in the house...:))
 Selalu kena 'Q' panjang kalu nak dapat pretzel yang sedap nie. Disebabkan sedap harga pun boleh tahan mahal, nak plak tak tahan dengan bau yang memanggil2...heheeh. Tapi kalu dah lalu sebelah Auntie Anne memang singgah nyer...Makan plak time panas2 dengan sos karamel..Perghh!! nak kongsi berdua pun tak jadi..^-^ ....tak terkata..

Tapi...
Sekarang tak perlu susah nak beratur coz Auntie Anne ada jer kat umah..hahaha..
Inilah pretzel yang liana buat semalam dengan en.suami kat dapur atas skodeng dapur sape lagi kalau bukan Kak Azlita Aziz. Now, dah tak susah ramai blogger2 masakan dah ada and then pilih resepi apa nak..just rajin dengan tak rajin jer nak buatkan. 
Kebanyakkan, resepi dalam blog ni intai2 dapur blogger2 masakan, once blogger ni kata sedap dan dah cuba then get a good feedback from other blogger lain yang dah cuba. 

Of coz, mama Qaseh akan try untuk mencuba gak. Sedap ker??  sepertimana diperkatakan oleh blogger2 masakan nie. Dah cuba baru kita tau memang sedap...liana pun rasa puashati bila dapat rasa masakan yang tak pernah liana cuba..

Pretzel Auntie Anne ni pun tak susah buatnya..mudah sangat. Masa liana buat ni takde sos karamel jadi liana gantikan dengan Toffee Sauce..Ia seakan2 macam karamel dari skimmed milk.
Pretzel ni kena makan panas2 baru best celup dengan karamel atau toffee sauce...
Ok,seperti biasa resepi untuk rujukan sendiri dan member2 yang nak mencuba....^-^
Happy dapat buat pretzel...
papa Qaseh suka makan as his supper while he doing his works...=.=

Pretzel Auntie Anne
Sumber Dapur: Azlita Aziz, Beldandy

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar baking powder
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka

Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan baking powder bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.

4 comments:

  1. Love pretzels and you made them look so yummy! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai blogger love2 cook
      i love pretzel too..but i'm keep trying to find a good recipes for this
      pretzel...
      im still new in food plating...
      love your blog too....^_^

      Delete
  2. salam tuan rumah, tumpang lalu eyh..

    saya pengedar shaklee yang sah dikawasan ampang serta di semenanjung malaysia, selain pengedar shaklee, saya juga pengedar sabun GNBS.. nak tahu apa itu sabun GNBS?? jum cekidout

    http://diansvitamin2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam kakliana, celupkan pretzel dlm air soda tu means air soda bikarbonat k akak?

    ReplyDelete