Sunday, February 12, 2012

Today Is My Day.


Assalamualaikum and haii alll...

"Happy birthday to you"
"Happy birthday to mama Qaseh"
"Happy birthday to youuuu!!!..
Cuba teka sape buat kek ni?? huhu...:))

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE

Hahah..lagu happy birthday berkumandang lagi tahun nie..Waaa!! hari jadi mama Qaseh la hari nie ^_^ ...Ermm.. Ye ker?? cepat nyer macam baru jer celebrate. Aiii!!! Jumpa lagi tarikh nie..nak buat camna tarikh nie la mama Qaseh dilahirkan. Diberi nama Normaliana Ab.Malik oleh mama and arwah papa, lebih sinonim dengan panggilan nana atau liana. Telah menangis depan doktor and nurse pada 12 Februari 1981 di Hospital Besar Melaka..
waaa!!! kini mama Qaseh dah melepasi satu garisan 3 series..Gulp!! 3 series tambah 1 kat belakang...nak tak nak kena tempuh angka kat belakang tue.=.=
insyaallah dengan berkat doa kepada ALLAH semoga dipanjangkan umur, diperluaskan pintu rezeki dan sentiasa berada dalam kesihatan yang baik...Amin..
wallaweii !! cantik and sedap tau kek nie...^_^
Terima Kasih pada semua kawan2 yang wish birthday hari nie, thank you so much...
love u all =.=
Ok, hari nie nak masukkan entry tentang my birthday. Hari yang sangat special bagi mama Qaseh ni. Sebab tahun ni mama Qaseh beruntung coz dapat rasa kek birthday dari air tangan papa Qaseh..huhuu. First time, papa Qaseh buat kek secara solo.

Selalu papa Qaseh juz tolong2 mama nie sukat bahan and godek2 apa yang patut.
Well, i.'m really appreciate dan bukan itu jer malah very..very happy bila dapat toys baru..hahaha..Papa Qaseh bagi hadiah oven lagi...bestnyer..lagi seronok ler memasak. 
 Actually, ada oven tapi yang combine dengan dapur masak and multipurpose nyer. So, now dah ada oven bergerak senang skit. Nak buat kuih depan tv ker, dapur ke, nak angkut bawa balik umah mama ker...suma2 boleh la..sukernyerrr..Terima Kasih kepada papa Qaseh..dan terima kasih pada mama juga coz hadiahkan aircond. Sejuk beku la rumah taman kami...hehehe.
Oven daripada papa Qaseh...terima kasih yekk
 berbalik pada cite kek tadi, malam sebelum masuknyer 12 haribulan, papa Qaseh dah ajak buat kek. Dia pun pilih kek dalam blog masakan sure blogger masakan fovourite wife. Sape lagi kalau bukan Kak Azlita Aziz. Belek punya belek resepi ok ready untuk masuk dapur. Apalagi, membaca dan mendengar arahan yang betul akan berjaya..berbaloi2 jadinyer..huahahaha. Tak sangka jadi kek birthday papa buat untuk mama Qaseh even orang lelaki buat ada ler comotnyer tapi takpe boleh diperbaiki...Mama Qaseh tabik spring toing!!..toing!!...laa..^__^.
So, bila dah siap sessi memotong buat kat hospital serdang celebrate dengan adik beradik lain dengan mama yang masih admit lagi. Insyaallah, selasa ni takde apa akan operation masukkan besi pada buku lali mama. Semoga semua berjalan dengan baik.
Terima kasih pada kak ita di atas resepinyer, memang kek ni sangat sedap terasa masam manis dari oren dan blueberry, gebu and sangat lembut kat anak tekak nie. macam biasa resepi untuk rujukan sendiri dan kawan2 yang nak cuba. Dalam blog ni, suma resepi baru "try and error" at least kita mencuba dan tau rasanyer. Selamat Mencuba!!..sila rujuk dapur kak Azlita Aziz
Step by step papa Qaseh buat...huhuu :))
ORANGE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren

Bahan B
 4 biji putih telur
100 gm gula castor
 100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
Keluarkan kek dari loyang setelah masak
Buangkan lapisan atas kek yang berkerak
Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4 cm ~ ita buat lebar sikit iaitu 6 cm oleh itu ita perlukan 2 keping kek span oren ni. Ita cadangkan buat 4 cm aje jadi hanya perlukan 1 aje kek span.
Sapukan ganache ~ rujuk resepi
Ita tak guna ganache , ita gantikan dengan bluberry filling.
Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap


almost done...!! caiyokk !!

Sekarang kita sediakan Chocolate Sponge Cake

CHOCOLATE SPONGE CAKE

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Keluarkan kek segera setelah masak
Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk

Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
Sekarang kita sediakan topping.

STABILISED WHIPPED CREAM

2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan

Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi

Inilah bahagian dalam kek bila dipotong..berlapis2 cantik kan..^_^









4 comments:

  1. Salam Liana..

    Happy B'day To you...
    Yang ke 13 ke??? eh.. dah 3 series... emmm... muda lagi tu...
    Semoga bertambah bahagia Liana dan keluarga.. di murahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam keberkatannya...

    waaa.... sweetnyaaa.... hubby buatkan kek..
    terkesima akak sekejap tengok Hafiz buat kek.. eh betul ke ni.... ke mata akak dah kelabu asap... hihi

    waaa.. terharunya akak..
    Bukan mudah juga nak buat kek ni.. perlukan kesabaran dan konsentrasi
    Tahniah juga buat hafiz kerana berjaya juga buat kek untuk isteri tercinta..
    Semoga Liana dan Hafiz sentiasa bahagia.. hingga ke akhirnya..

    wa.. jeles akak tau! mana boleh jadi ni.. tahun ni nak minta juga abg ki buat kan kek tuk b'day akak jugak lah... hahaa kek apalah yang jadi tu nanti kan... haha

    Btw.. Happy B'day sekali lagi daripada akak sekeluarga...

    iklas
    Azlita Masam Manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan birthday..dan terima kasih sekali lagi untuk resepi
      yang kak ita kongsikan. yang penting penerangan kak ita jelas
      sampai hafiz berjaya buat kek untuk liana...hahaha

      tapi betul cakap kak ita, kek ni mmg sedap. rasa puas plak makan bila buat sendiri.
      takpe abg salki lagi terror kat dapur...sure bertingkat2 kek dia buat nanti...;))

      thanks again...

      Delete
  2. wah so sweet...mcm sdp jewk kak.. :))

    ReplyDelete
  3. alamak abg apit..tabik spring r.huhu.=)so pas nie le r buka kdai kek ye...

    hye mama kaseh,

    happy belated besday=)....semoga bahagia sellu n kaseh dapt adik lgi...amin3

    ^_^

    ReplyDelete