Thursday, February 2, 2012

Happy Annivesary @ Doa Buat Arwah Papa

Assalamualaikum..

Sebelum itu, semalam 1/2/2012 genap 7 tahun pemergian arwah papa meninggalkan kami sekeluarga. Kami redha dengan permergian papa. Semoga Allah melapangkan pusara papa, selapang-lapangnya sepertimana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang beriman dan melalui doa anak2 akan menjadi peneman dan penyabung di alam barzakh.

AL-FATIHAH
HJ. AB.MALIK BIN HJ.SHEIKH AHMAD
13/6/1946 ~ 1/2/2005

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan sedih2 lagi, now kita senyum selebar-lebarnya..sebab hari ini adalah hari bersejarah buat mama Qaseh and papa nya yang tersayang ^__^
Alhamdullilah, syukur ke hadratmu hubungan ini masih lagi dalam genggaman yang kuat dan teguh. Walaupun ribut taufan melanda, tsunami yang datang kami tetap bersama..cewahh!! wakaka!!

Buat suamiku, Mohd Hafizullah bin Abdullah, selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-5. Umur hubungan ini masih lagi tahap muda, semoga ia berkekalan hingga ke pintu Syurga. Amin...
Kami telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 2/2/2007, jam 3.00ptg bersamaan hari Jumaat telah dinikahkan oleh bapa saudara. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun mama dengan papa bersama. Papa lah suami, teman, kawan, boyfriend dan musuh...hahah ada ker?? wakaka!! ala, apadahal..all in one..^.^

Bila diingatkan balik kisah pertemuan..huhuu. Kat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Labuan menjadi saksi kami berdua berkawan selama 3 tahun. Ehem..!! ehem!! mana lagi first jumpa lab c++ main jeling2..hehehe. Akhirnya, ke jinjang pelamin jugak kitaorang



Rumah di atas bukit ini menjadi saksi kami dinikahkan
pada 2/2/2007

Pelamin sendirian berhad. Kami adik beradik je buat.
Fresh flower by along and designer pelamin by angah..

And now, gambar akad nikah dan sah menjadi pasangan suami isteri...^.^

Sesuci lemon muka papa Qaseh...=.=

Very the slim papa time nie..macam budak sekolah...huahahha

Pastu ada malam berinai, malam tue pakai songket gold+brown colour. Love this songket and the colour..Ada bunga api, tapi bukan bunga api yang letup kat langit tu..zaman sekarang bunga api letup2 kat atas. Tapi kampung kami, sampai sekarang still ada lagi bunga api dalam buluh. Well, gambar time bunga api takde..sedih. semua syok tengok sampai takde yang snap pun. :((


Malam Berinai..Penat jadi pengantin senyum pun macam paksa ..^.^


Dari nikah sampai ler majlis langsung..penat tak terkata bila jadi partime model pengantin. Tapi, hari itu sekali seumur hidup kenalah ceria2 kan diri kan..Bukan orang yang memasak je tak cukup tido, kami pengantin ni pun sama gak. Sana posing, sini posing, tukar baju itu ini.. dah macam chipsmore plak..wakaka!!
Zaman kami takde catering2, duduk kampung jadi masak beramai2..lagi syiokk!! memang saat ni paling best. Sesiapa yang bakal kawen selamilah hari bersejarah ni dengan penuh feell!!...ni gambar terakhir dari kami..Doa kami semoga kekal sepanjang hayat bersama anak2 kami kelak...amin..


 
Majlis perkahwinan liana dan hafiz 3/2/2007
Sekian, tamat sudah ini filem..terima kasih kerana menonton hahaha...bye2...^_^

4 comments:

  1. slim adik time ehh...

    ReplyDelete
  2. kak azie bersalin.. tgh pantang ank ke2 masa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak azie,
      ye ke..skg boleh tgk wedding adik..
      skg pun sama je badan adik. Tak tau, makan byk tapi
      tak gemuk2 jugak...hehehe..

      Delete
  3. semoga berbahagian ke akhir hayan n anak cucu

    ReplyDelete