Monday, April 2, 2012

Red Velvet Cake in April


April oh April!! huh!! sebulan jugak aku tak update blog.
Masa aku sangat terhad sekarang apabila aku dan suami berulang alik dari rumah kampung ke tempat kerja. Nak kata jauh tak pun 25 minit je..kalu tekan minyak lebih 15 minit sampai..huahaha.


Hari ni dah masuk 2 bulan 7 hari aku berkampung kat rumah mama. Atas sebab menjaga mama yang jatuh sampai tulang buku lali patah. Alhamdulilah, kaki mama dah beransur pulih. selepas operation masukkan skru, bengkak pun susut cuma mama belum boleh pijak.

Bangun pagi start mengemas rumah mana yang sempat, buat sarapan, siapkan baju mama untuk mandi..then pagi2 siap masak lauk untuk mama makan tengahari. Kalu adik takde kelas kat kampus dia la yang masak.
Pagi dah keluar pergi keje, balik sampai rumah mama gitu-gini dah 6.30.
mandi2, solat pastu start masak tambah lauk apa yg patut. Kebiasaannya, aku akan masak lauk simple2.

aishh!! belum hilang penat lagi yea, tuan2 dan puan2!!! hehehe ^_^
bila ditambah campur darab bahagi bila dak kenit yang petah bercakap ni " loading" kan semua mainan dia..huhuu. Dah jadi parents nie kenalah layan karenah anak. Kesian tengok Qaseh main sorang2. lagipun dah tinggalkan Qaseh 8 jam kat pengasuh so, kita as a parents kena curi2 masa untuk main sama2 selain weekend.

Inilah rutin aku untuk tempoh 2 bulan. Sangat2 singkat tapi nak buat macamana..
aku sebagai anak tak boleh lari dari tanggungjawab menjaga ibu ku sendiri.
tanggungjawab harus dipikul selain tanggungjawab menguruskan suami dan anak2..(Anak2!! padahal anak baru sorang...doakan kami dapat anak lagi ^_^)
" Happy Birthday to adik @ maksu"
semoga membesar dengan sihat, bijak dan kuat...macam iklan susu pulak..heheh
Ada kek?? kenapa ada kek dalam kesibukan hari2 kan..
aishh!! lama betul  tak mem 'baking' apa2. Weekend kitaorang tidur Bangi rumah along untuk hantar mama check up. Kebetulan pulak, hari ini 2 April 2012 adalah harijadi dak adik hari bekerja. Jadi kami celebrate birthday dak adik sehari awal semalam kat rumah along.

Lama dah berhasrat kat hati nak buat kek RVC nie..huhuu..Memang ramai kat luar sana gemar dengan RVC nie. Gabungan cream cheese frosting as a topping dan kek yang rasa ala2 lemon. perghh!! memang tangkap leleh...^-^.  Puas sangat2 dapat makan banyak sebab...sebab kat luar one slice jer RM8.90/RM9.00. Sekali ngap je habis dahhh...hehehe..


Now, RVC dalam list aku. Buat kek nie pun sekadar suka2, setiap kali buat kena fokus and baca banyak kali resepi ( macam nak amik exam pulak ^__*). kalau tak Encik tong sampah ler jawabnyerr!!! Elakkan pembaziran yekk anak2...hehehe.

mana satu birthday girl nie?? yang pakai spec ke atau yang depan..???

Ohh!! red velvet...so yummyy..

Jom salin resepi dari dua blog yang dok intai2.
Happy Baking !!!

RED VELVET CAKE
Sumber dapur : Rima, Azlita Aziz


1 1/4 cup tepung - ita guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - ita guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur - ita guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - ita guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantug pada oven ita guna 165 C
Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
dalam satu mangkuk yg kecil. satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak. Ita bakar selama 1 jam.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.
Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 


Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula 
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

No comments:

Post a Comment