Friday, December 30, 2011

DONUT TAUFU LEMBUT

assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

Dah year ended ni sure ramai yang malas nak buat kerja kan?? dan ada plak rajin bekerja moga2 tahun depan boleh rileks sikit...huhuu..Tak kisahlah, yang penting korang happy coz dapat 'bonus'..haha ^.^

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Today is Wordless Wednesday...:))
bagi sesape yang tak tau maksud Wordless Wednesday : merupakan hari Rabu untuk semua blogger post gambar tanpa sebarang description.
ini bermakna gambar yang akan ceritakan segala2 nya untuk u all...;))

Tuesday, November 29, 2011

CUCUR ROTI bertakhtakan UDANG..

Assalamualaikum...

Liana dan keluarga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Kita dah pun melangkah masuk ke tahun baru dalam kalendar Islam semoga apa yang kita usahakan mendapat keberkatan.
Huahhhaaa...hari ni masing2 dah masuk keje balik. Sure malasnyer nak pegi keje,kan. Mana tak dah 3 hari dapat lepak dengan family. Banyak syiok!! boleh bangun lewat, boleh pot pet sampai pagi, jalan2 cuci mata dengan sale!! sale!!!=.=

Friday, November 25, 2011

Tahniah Papa Qaseh...

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik hari nie dah penghujung bulan November. Dan minggu terakhir bagi SPM candidates, semoga dapat menjawab setiap soalan dengan baik.=.=
Entry hari nie nak cerita tentang dia...siapa ekk "DIA" ? jeng..jeng...jeng..

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya vs Garuda

assalammualaikum..
Firstly,tahniah kepada semua pemain2 malaysia.Korang memang hebat!!! salute abis ngan korang.
rasanyer, malam ni antara malam yang paling panjang diorang main. terlebih2 masa tambahan dibagi dengan lima tendangan penalty. Akhirnya, emas milik Malaysia..huhhu.

Malam ni punya game sampai terbangun2 kitaorang dari kerusi...emo betul masing2 tengok bola..adoyaii!!! ni belum abg ipar semua ada..kalu tak gegar rumah kampung ni..

kita tak mau sebut indon kita call Garuda lah ekk...heheh. Ermm Garuda minit kelima dah goal..sgt2 hampeh. tapi takpe, time tu masa masih banyak. last2, malaysia menyamai goal dengan leretan bola yang sgt slow motion. cantik jer bola tu masuk..baik punya!! Kalu perasan tiap kali garuda nak tendang ada jer si Bonai,pemain garuda yang dok pegang jaring gol malaysia. dok baca apa2 ker?? heheheh.. tapi yang penting malaysia ada hero golly yang terhebat. tahniah pada apek@ khairul fahmi. Even masa yang ditambah sangat panjang dan boleh nampak player kita dah almost pancit..tapi semangat permainan demi nama negara..player tetap bermain dengan sungguh2 ..lagi up,double,triple penyokong2 ni sayang kat korang..;))

So,malam ni boleh tidur dengan nyenyak nyer...hehehe..congrats again to all Harimau Muda player..After apek,jatuh jantung ku pada badrol bakhtiar...huhu...

Thursday, November 3, 2011

Blogger Masakan Mama Qaseh

Assalammualaikum...
 
salam satu malaysia..:))
 
Hari ni liana nak berkongsi cerita dan gambar2 yang sempat liana amik sewaktu bercuti di Johor pada hujung minggu lepas. Baru hari ni dapat nak update blog. Setiap petang hujan sampai ke malam, masalah nak dapat internet sangat susah nak upload gambar pun berjam2. Kawasan perumahan liana agak slow sikit bab2 internet ni, paling laju jam 12malam ke atas. Perghh!! time ni bantal dan selimut dah memanggil2..hehehe. Satu lagi masalah, si kecik comel lote tue, pantang nampak komputer ON dia pun sama join.

Oklah first, nak cite pasal kenalan liana di alam maya.

Friday, October 21, 2011

Baby dah tiada...

untuk Nur Qaseh Qaleesya,
ketika mama menulis blog ini, mama berada di wad hospital besar. mama kena admit sebab keguguran. adik Qaseh telah gugur dari kandungan mama. mama cuba pertahankan kandungan ini tapi gagal. baby tak dapat diselamatkan. Masa ini, mama lihat pesakit lain tidur dengan nyenyak walaupun jam baru pukul 9 malam. tapi mama tak dapat tidur.orang lihat mama senyum gelak tapi sebaliknya mama sedih...sedih dengan baby mama. Firstime terjadi pada mama dan amik sedikit masa untuk mama pujuk diri ini dan kini ianya jadi pengalaman dan kenangan buat mama papa.

13 oktober 2011
Mama disahkan pregnant oleh klinik swasta. hampir 6 minggu kandungan.
Mama dengan papa happy sangat2 sebab Qaseh dah ada kawan untuk main. Papa dah start berangan2 baby boy. Siap google nama baby lagi..hahaha.

18 oktober 2011
Pada malam 18hb, badan mama sangat penat, letih dan mengantuk.Tapi mama tak dapat tidur. Macam tidur2 ayam.Sekejap2 mama terjaga kemudian belakang sakit2. Pusing kiri tak kena, pusing kanan pun sama. Dalam jam 3 pagi perut mama mula terasa sakit perlahan- lahan dan kerap membuang air besar. Mama tak bagitau papa ingatkan sakit perut biasa. Keesokkan pagi, sakit hilang dan mama pergi keje macam biasa.

19 oktober 2011
Sama seperti malam sebelum tue, waktu malam mama kerap rasa letih.Cuba untuk tidur tetap sama. Tiba-tiba mama rasa malam ni sakit perut berbeza. Sakit yang amat sakit,Qaseh. Sakit yang susah untuk mama describe. Lebih teruk dari senggugut. Mama start kejutkan papa, tapi papa kata takde apa kot. Jadi mama pun sapu ubat jer. Esok mama pergi keje macam biasa tapi keadaan menjadi luarbiasa apabila darah keluar. darah tak mengalir tapi pekat. Mama menangis dan takut kalu apa2 jadi pada baby. Mama terus call papa.  Kemudian, kami terus ke panel klinik. Doktor scan perut, tapi baby takde cuma sarung baby jer.mama menangis adakah mama kehilangan baby. Doctor panel terus buat surat ke hospital besar untuk scan melalui bawah kerana kandungan masih kecik jadi scan dari bawah lagi jelas. Mama dihantar ke emergency room. Mama berjumpa dengan doctor pakar doktor Avanathan. Doktor Avanathan yang menolong dari awal hingga akhir keputusan. Sangat baik doktor nie penerangan dia membuatkan mama papa think positif. Keputusan scan dari bawah,menggembirakan mama papa sebab kelihatan jelas baby ada dan dengar denyutan jantung. Syukur alhamdullilah, mama dibenarkan balik dan perlu berehat di umah.Memang tak boleh dielakkan,darah tetap keluar setiap kali berjalan atau berdiri. s, mama tak boleh banyak gerak. mama dapat cuti sakit dan hati mama happy nya time ni,Qaseh sebab baby selamat.

20 oktober 2011
Mama cuti sepertimana cuti yang diberikan oleh doktor. Pagi ni, papa kena hantar Qaseh so, mama tak boleh teman. Mama tak sihat,sayang. Qaseh menangis sekejap dalam kereta papa cakap. Papa umpan keropok,air kotak kat shell. lama-kelamaan anak mama ni ok,makan keropok dalam kereta. Comel bila Qaseh cari mama. Pagi tue, mama tinggal sorang di rumah.Setiap kali bergerak darah akan keluar di pad. Mama lebih banyak baring. Jam 10 pagi,terasa ingin ke toilet. Mama ke toilet untuk kencing. Sampai saje di toilet, tiba2,darah laju keluar dengan kencing tanpa henti. Berapa kali perkataan Ya ALLAH terkeluar dari mulut mama.mama lupa mama dalam toilet. Dengan perasaan terkejut melihat darah tak berhenti keluar,dalam masa darah keluar terdengar satu benda jatuh "tup" dan mama terasa ianya keluar dari bahagian depan. Ya ALLAH, adakah baby yang keluar?? cuba tengok dalam toilet bowl tapi tak nampak. semua dah ditutupi dengan darah. Akhirnya,mama flush.

Mama merangkak dapatkan phone untuk call papa. Tapi voicemail.Jiran sebelah pun takde.Mama call uncle Krel officemate papa minta dia cari papa. Akhirnya uncle krel dan member datang rumah bawa mama ke emergency room.time ni darah mula pekat berbentuk seketul2 keluar. sakit sangat2 darah ketul2 keluar perdarahan tidak mengalir.dalam bape minit jiran sebelah pun balik.makcik baiti teman mama dengan uncle krel.akhirnya,dapat call papa.terus ke emergency room. ALLAH menguji lagi,untuk berjumpa dengan doktor Avanathan terpaksa tunggu 5 jam diluar kerana terlalu ramai pesakit. selepas itu,doktor terus dahulukan mama.

Qaseh, doktor scan mama sekali lagi. tapi sedih jantung takde bersama2 baby.tiada denyutan jantung lagi mama dengar.papa pun ketika scan.tapi doktor Avanathan memberi mama peluang sekalimlagi untuk scan keesokkan hari.kemungkinan,jantung tu samar2.dia pun tak berani membuat keputusan awal.mama menangis sepanjang balik ke rumah.mama peluk Qaseh dan berdoa semoga jantung baby ada.

21 oktober 2011
jam 3 pagi,kaki mula kebas,darah dah mula menjadi gumpal2. sakitnya bila darah gumpal keluar. jam 7 pagi,lagi banyak darah gumpal seperti darah hidup2.akhirnya,mama packing barang for sure mama kena tahan wad. papa terus hantar mama ke hospital pakar sakit puan. sekali lagi doktor Avanathan scan mama. 21 hb jatuh pada hari jumaat,doa tak putus dari bibir mama.semoga hari jumaat membawa satu keajaiban pada mama dan papa. tapi,keputusan tidak menyebelahi kita. Allah lebih sayangkan dia. sekali lagi mama diuji, sebelum ini denyutan jantungnya takde sekarang baby yang tiada dalam sarungnya. sarungnya kosong bila discan. doktor dapat menarik sarung baby dipenuhi air ketuban.sarung baby tak sampai 1 cm. kemungkinan cebisan daging yang belum cukup sifat ada bersama2 darah gumpal yang keluar pagi tue. mama hanya menangis dalam hati walaupun baby baru nak menjadi cuba untuk kekalkan baby dalam perut. tapi baby dah tinggalkan kita.mama dan papa redha.takde rezeki.

Qaseh,
apa yang mama catitkan ini mama nak qaseh tahu bila besar nanti. yang Qaseh ada adik tapi dalam 7 minggu kandungan dan baby tak dapat diselamatkan.semua ini adalah ujian ALLAH pada hamba2 nya. mama tak boleh lupakan setiap tarikh ini. mama akan menangis. pada tarikh ini jugak 21hb qaseh dilahirkan, tarikh ini juga qaseh genap 2 tahun 1 bulan, tarikh ini juga papa dilahirkan,dan tarikh ini juga baby pergi buat selamanya 21 oktober 2011. semua ini ada hikmah.insyaallah,rezeki mama dan papa akan ada lagi selepas ini..amin..

Monday, October 10, 2011

cerita hujung minggu...

sekejap jer dah masuk minggu ke-2 bulan 10. Dah start keje balik, 2 hari cuti rasa cam belum puas nak luruskan tulang2 nie. Dan agak lama jugak tak masukkan entry baru..naik bersawang blog ni haahhh =.=

Hujung minggu lepas, liana tak balik kg. kalu tak every weekend muka kami ler terpacak kat umah mama. Tapi disebabkan en.suami kursus hari sabtu jer dari pagi sampai tengahri, So, amik keputusan stay umah taman ajer. ermmm..

Wednesday, September 21, 2011

Selamat hari jadi...Qaseh

Tepat jam 12.15pm bertarikhkan 21 september 2009. Lahirlah seorang bayi perempuan di hospital besar melaka. Bayi ini lahir pada bulan syawal 2009 iaitu pada hari raya kedua. alhamdullilah, anak kecil ini selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.5kg sahaja sangat comel. Mendengar tangisan anak kecil ini aku secara umumnya telah statuskan sebagai seorang ibu.

Tuesday, September 6, 2011

cerita raya 2011...

assalamualaikum..

Salam lebaran buat semua..selamat hari raya. minta maaf banyak2 jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan. minta diampunkan. Kita masih lagi berada dalam bulan syawal. hari ni dah masuk 8 syawal. kejap jer dah seminggu kita beraya kan. macam tak puas lagi raya..hehee

oklah, rasanyer bulan ni belum ade satu entry aku masukkan.cuti sakan seminggu sampai nak start keje pun malas. lenguh-lenguh badan ni bila masuk opis.hahaha alasan tak nak keje :))

ni nak cerita,

Sunday, August 7, 2011

Nasi Arab dan Ayam Masak Merah Pak Engku Style

 assalammualaikum...

errkk!!! kenyang. alhamdullilah rezeki malam ni. korang berbuka puasa apa malam ni??? hujung minggu seronok berbuka puasa dengan family ramai2 kan..betul tak???.malam ni aku, along & adik still berbuka puasa di kg menemani mama. angah jer tak balik this weekend. esok dah start keje pulak..mengadap lah keje yang bertimbun2...huhhuu.

Jom belajar buat kuih tako...

hahaha...sape nak belajar buat kuih tako. semalam aku & encik suami telah membuat projek melipat kotak kuih ni dan dengan lapisan kuihnyer sekali. hasil  belajar dari sumber: kak azlita
dah beberapa hari beli kuih ni kat bazar ramadhan suma ala2 kurang sedap. maka, dengan itu selongkar ler dapur kak ita. tengok kak ita dah buat.

Wednesday, August 3, 2011

yeay!!..akhirnya ada blog...

hai semua,
 

ermm tak tau nak kata apa..coz tersangat happy.