Wednesday, September 21, 2011

Selamat hari jadi...Qaseh

Tepat jam 12.15pm bertarikhkan 21 september 2009. Lahirlah seorang bayi perempuan di hospital besar melaka. Bayi ini lahir pada bulan syawal 2009 iaitu pada hari raya kedua. alhamdullilah, anak kecil ini selamat dilahirkan secara normal dengan berat 2.5kg sahaja sangat comel. Mendengar tangisan anak kecil ini aku secara umumnya telah statuskan sebagai seorang ibu.
Sebaik sahaja, mendengar tangisan anak kecil ini aku diberi peluang untuk mendakap, memegang dan memeluk bayi ini yang masih dibasahi badannya dengan darah. berulang kali aku mencium anak kecil ini sebelum nurse membawa dia untuk dibersihkan. Ya, Allah, aku secara tiba2 mengalirkan airmata tidak menyangka kandungan yang aku bawa selama 9 bulan akhirnya telah berada di depan mata ku. Syukur,kami dikurniakan anak yang menjadi penyejuk mata setiap kali kami melihatnya.

Sekali lagi aku menangis apabila suamiku datang dan mencium dahiku dengan ucapan tahniah. Akhirnya, kami memberi nama yang sangat lembut sebutannya dan dipenuhi dengan maksud..NUR QASEH QALEESYA. Memang aku minat dengan nama Qaseh sejak aku dan suami berkenalan dulu. Tercapai jugak impian kami.
Bila diingatkan kembali, keadaan suamiku yang selama 2 hari tidur didalam kereta dan 2 hari beraya di hospital gara2 menunggu aku bersalin. Sedangkan rumah taman kami sangat dekat. tapi disebabkan dia takut terlepas saat2 indah..tapi yang kelakar malam pertama di hospital, papa qaseh tido bersebelahan dengan bilik mayat..hahaha..papa tak tau itu bilik mayat. Nasib mayat tak datang tidur sebelah papa dalam kereta...hehehe aduyaiii!!.:)) apa2 pun terima kasih abang kerana menemani liana sepanjang masa di hospital.


** ketika berumur 1 tahun pada 2010 **

Dan hari ini 21 September 2011..Nur Qaseh Qaleesya telah berumur 2 tahun. Sekejap dah besar. Mungkin mama tak dapat nak tulis setiap apa yang berlaku pada Qaseh sepanjang Qaseh membesar. Tiada sebarang diari mama buat untuk menulis sekadar ingatan memori untuk mama ingat setiap saat,setiap minit,setiap masa,hari,dan bulan perubahan gelagat anak mama ini. Nur Qaseh Qaleesya seorang anak yang tidak susah untuk dijaga. Mudah mendengar kata, sangat faham, dan tidak banyak perangai. 
** Nur Qaseh Qaleesya...2 tahun..21 september 2011 **
*mama dan papa sayang Qaseh sangat2 **

"Ya Allah,kau peliharalah keselamatan,kesihatan dan kesejahteraan anak perempuan kami Nur Qaseh Qaleesya..Semoga anak yang kau kurniakan ini menjadi anak solehah dan sentiasa mendapat kejayaan dunia dan akhirat..amin"

akan bersambung ermmm hadiah apa mama papa bagikan??? stay tuned...;))


No comments:

Post a Comment