Tuesday, September 6, 2011

cerita raya 2011...

assalamualaikum..

Salam lebaran buat semua..selamat hari raya. minta maaf banyak2 jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan. minta diampunkan. Kita masih lagi berada dalam bulan syawal. hari ni dah masuk 8 syawal. kejap jer dah seminggu kita beraya kan. macam tak puas lagi raya..hehee

oklah, rasanyer bulan ni belum ade satu entry aku masukkan.cuti sakan seminggu sampai nak start keje pun malas. lenguh-lenguh badan ni bila masuk opis.hahaha alasan tak nak keje :))

ni nak cerita,
raya tahun ni aku balik ke kampung suami di kedah. dah 2 tahun berturut2 raya melaka sebab first dalam pantang dan kedua sebab nur qaseh qaleesya dah setahun. tapi disebalik Qaseh setahun, mama Qaseh ni nak belasah makan lemang,ketupat dan rendang puas2. sebab masa tahun berpantang tu tak dapat makan apa2. Qaseh lahir 2 syawal.so,segala apa makanan di pagi raya tak boleh makan..huhuu..tengok jer la. halia dan ikan goreng menjadi santapan ku di pagi raya..sedihh!!..=.=

kami bertolak ke kedah 27 ramadhan,dapat ler berpuasa 3 hari bersama family sebelah suamiku. masa 29 ramadhan masing2 dah sibuk buat persiapan raya. kedah popular dengan serunding dan ketupat palas. serunding daging mak dah buat awal, serunding daging ni makan masa gak buat kena keringkan betul2 dan daging disiatkan jadi halus. ketupat palas ade 2 jenis satu original satu lagi ketupat palas pulut hitam. pastu ade lemang jagung..haahhh!! pernah makan.?? rasa sama jer. cuma bila kita makan terasa la manis2 jagung seketul2 tue. tapi kalu tengok buluh lemang adik ipar aku cari dak hassan ade tinggi ade rendah..hahaha.boleh ler labuuu..hehehe
 malam raya, lepas semua settle masak. aku dan en.suami keluar pegi alor setar. memang jem gilerr!! tau jem tapi disebabkan aku ketandusan tudung gara2 last minit. pergi jugak lah. cari punya cari punya cari..bape banyak carilah..hihi tapi tak jupe yg berkenan.ade pun mahal giler kata malam raya lelong.apadaaa!!! so,amik keputusan tak beli.
 
time pegi bazar tu aku gi sorang je sbb parking takde. encik suami tunggu dalam kete. bila aku dah settle merayau encik suami plak boleh gi station minyak gi memerut.aduss!! punya ler lama tunggu. last2 dia call kata tak boleh masuk jalan kat bazar jem.dia tunggu kat masjid zahir. aku pun dengan berani..berani la jugak sbb ramai orang. aku pun menapak dari pekan rabu ker masjis zahir..ermm lebih kurang 800meter. jauh gak. lalu celah2 orang..heheh. sementara tunggu kat masjid zahir inilah yang aku nampak. sepanjang jalan depan masjid zahir dipenuhi fakir-fakir miskin yang minta zakat fitrah. ade yang sedekahkan beras,makanan dan lain2. sedih sangat tapi aku pun tak mampu untuk membantu semua. hanya doa dapat aku sampaikan bila melihat mereka. alhamdullilah,syukur dengan apa kita ada.
* fakir-fakir miskin sepanjang masjid zahir,kedah*

pagi raya, selepas solat raya. ini lah yang terjadi kat kedah. assalamualaikum!!! kami nak raya..heheh. budak2 kampung dah maiii dahh. bila ajak masuk makan kuih tak mau. 
tuan rumah: nak makan kuih raya???
budak2: tak nak,kami dah makan kat umah.
tuan rumah: nak duit raya???
budak2: nakkkkk!!! (jerit sakan)
inilah,perbezaan kedah dan melaka. kalu melaka, ajak makan diorang masuk jugak, baru dapat duit raya. kedah takde,hujung laman dah takmau masuk.duit raya nak..hehe syok gak tengok budak2 kampung camni. 
papa Qaseh masa kecik camni gak??? hahah..
* pak uda bagi duit raya *
gelagat raya di kedah. lain-lain gambar korang tengok lah yekk. terselit jugak gambar raya di melaka. lain story, lain baju, di lain masa. stay tuned!!..selamat hari raya...
 * Nur Qaseh Qaleesya *

 * makan dengan penuh semangat *

 *with the bestest niece & friend kakak aufa damia *

 * jalan-jalan raya *
* me with anak bujang angah ammar arfa & haziqah anak along *

 * sessi bermaafan keluarga melaka (without my family..huhuu)

 * anak2 maksu and my beloved mum*

 * baru sampai dari kedah terus main bunga api *





No comments:

Post a Comment