Sunday, August 7, 2011

Nasi Arab dan Ayam Masak Merah Pak Engku Style

 assalammualaikum...

errkk!!! kenyang. alhamdullilah rezeki malam ni. korang berbuka puasa apa malam ni??? hujung minggu seronok berbuka puasa dengan family ramai2 kan..betul tak???.malam ni aku, along & adik still berbuka puasa di kg menemani mama. angah jer tak balik this weekend. esok dah start keje pulak..mengadap lah keje yang bertimbun2...huhhuu.


ok,hari ni aku nak cite pasal menu berbuka. hari ini ahad so, kita tukar2 selera tekak la kan..takkan nak makan lauk yang sama je. abang ipar aku sibuk nak makan nasi arab jadi aku pun singgah ler kat dapur kat azlita cari nasi arab. last2 jupe dengan ayam masak merah pak engku. sape tak kenal pak engku perunding  majlis kawen artis2 nie. jadi dengan rasminyer aku pun masaklah dua menu ni.

jom tengok nasi arab yang sedap ni..memamg korang kena try...marvellous!!!



Nasi Arab
sumber : kak azlita, Chef Hanieliza

1kg beras basmathi -basuh dan toskan (tgk bape org makan,so kurangkan bahan lain)
4 cwn air (ikut sukatan beras/pot)
1 cwn kacang peas
1 cwn kismis
3 biji cili merah
1 tangkai daun sup - dihiris
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
3 sudu makan minyak masak
5 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan serbuk jintan putih - dibancuh dgn sedikit air
1 cwn bawang goreng
garam secukup rasa

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
3 inc halia dihiris
2 inc kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih

Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan semua bahan tumisan sehingga harum.
Masukkan serbuk jintan putih yg telah dibancuh dgn sedikit air. kacau rata
Masukkan air beras, cili merah, dan garam. Biarkan mendidih dan air kering.
Masukkan nasi yg telah kering kedalam kukusan dan taburkan kismis, daun sup, daun ketumbar, bawang goreng dan kacang peas.
Masak selama 30 minit.
Hidangkan dengan lauk kegemaran.



Ayam Masak Merah Pak Engku Style
sumber: Pak Engku
1 ekor ayam - potong 12
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inc halia - kisar
200 gm cili kering yang telah di kisar
3 batang serai - kisar
2 inc lengkuas - kisar
rempah tumis - 4 sekawan
1/4 tin susu cair
5 sudu makan minyak masak
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puri
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam - ita tambah

Basuh ayam bersih, gaulkan dgn garam dan kunyit dan goreng setengah masak. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan tunggu hingga kekuningan barulah masukkan lada kering.
masak hingga naik minyak, barulah masukkan sos cili, tomato puri dan susu cair. ita tambahkan kiub ayam. kacau hingga kuahnyer menjadi pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka dan biarlah ianyer secukup rasa.
Barulah masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam. Siap untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!!!...:))

1 comment:

  1. wow!!terujanya tgk masakan kak yana..pandai tol akk masak eh..nak try gak ar nnt..=)

    ReplyDelete