hahaha...sape nak belajar buat kuih tako. semalam aku & encik suami telah membuat projek melipat kotak kuih ni dan dengan lapisan kuihnyer sekali. hasil belajar dari sumber: kak azlita
dah beberapa hari beli kuih ni kat bazar ramadhan suma ala2 kurang sedap. maka, dengan itu selongkar ler dapur kak ita. tengok kak ita dah buat.
nak plak hujung minggu ni ade kat kampung ramai ler yang balik. boleh ler buat kuih nie & makan ramai2.
bancuhan kuih dapat dalam 12 kotak tepung pelita. kalu nak banyak boleh ler double triple kan bahan-bahan nie..
jom tengok cara buat kotak dan bahan2.
1. daun pandan gunting, pembaris, stapler,pencukil gigi
2. pilih daun pandan yang lembut. ambil bahagian tengah dan potong 10 inci. tandakan setiap 2 inci kat daun
pandan dengan pencukil gigi.( jangan pangkal daun sbb keras)
3. lipat daun pandan mengikiut garisan
4. potong daun pandan yang ditandakan dan buang separuh dibahagian hujung
5. lipat dari hujung daun pandan masuk ke dalam macam lipat tikar mengkuang
6. stapler dihujung dan siap.
yang nie pulak bahan2 nyer * kalu nak buat byk sila doublekan bahan2*
Lapisan Bawah
25 gm tepung hoen kwe - hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu
Lapisan Atas
25 gm tepung hoen kwe - putih
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air
secubit garam
Susun kotak pandan yang dah siap dilipat.
susun sengkuang Cina yang dipotong dadu dalam kotak pandan tadi.
Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana.
sentiasa kacau supaya tak melekat@hangit. kacau hingga meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi.
Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas.
Satukan semua lapisan atas dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. sama proses seperti di atas.meletup-letup terus tutup api.
Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih.
Tuang secara perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais.
babaiiii!!!
salam liana... teruja akak masuk blog liana... waaa... bau rumah baru lah.. bestnya... seronok dan suka akak tengok liana buat.. siap di bantu hb lagi...
ReplyDeleteterima kasih liana kerana sudi mencuba...
wsalam kak...ala,umah baru nak hias2..hehe..
ReplyDeleterasa puas hati bila tau buat dan makan sepuas2nyer..terima kasih jugak pada akak..hr ahad saya masak nasi arab adik beradik suma suka. suruh saya pilih lagi menu dlm blog akak. bancuhan tako akak bagi mmg tepat. sya doublekan sbb ramai.
saya pon suke gak kueh nih..nampak cam senang jek akak wat..leh try..tq for sharing..
ReplyDelete