Monday, October 10, 2011

cerita hujung minggu...

sekejap jer dah masuk minggu ke-2 bulan 10. Dah start keje balik, 2 hari cuti rasa cam belum puas nak luruskan tulang2 nie. Dan agak lama jugak tak masukkan entry baru..naik bersawang blog ni haahhh =.=

Hujung minggu lepas, liana tak balik kg. kalu tak every weekend muka kami ler terpacak kat umah mama. Tapi disebabkan en.suami kursus hari sabtu jer dari pagi sampai tengahri, So, amik keputusan stay umah taman ajer. ermmm..
dapat ler mengemas rumah sepenuhnya dari belakang ke depan, dapur, bilik ke bilik, basuh lantai, mop dan masak. Kalau weekday sempat meyapu pagi yang lain2 kadang sempat buat kadang2 tak sempat langsung. Betullah orang kata, sape2 jadi housewife ni memang keje tak pernah abis ada ajer yang nak disentuh...

Ok, hari ahad aktiviti masak and makan together2, then liana pun merajinkan diri membuat Kek Karamel. Kek ni dah buat hari tue time staff meeting en.suami. Kira "pot-luck" setiap staff kena bawa apa2 jer. liana pun buatkan kek karamel. Barang semua ade tu yang buatkan. tapi tak dapat amik gambar dan tak puas makan. So, sekali lagi liana buat untuk tea-time kami hari ahad.

 Kek ni rasanyer sangat2 lah marvelous. lapisan bawah macam soft, macam sponge cake pun ada gak. Lapisan atas karamel. Sure ade yang dah biasa makan karamel. Tapi kali ni di combine kedua2 jadi kek. sedap dibuat minum petang. Cara buat tak ler susah mana pun. Good Luck!! =.=

Kek Karamel versi Pelangi...

  Bahan- bahan 1:

2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc. Letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dengan api sedrhana perlahan.
Gula akan bertukar warna keperangan. Bila gula start cair ratakan dengan menyenget2 loyang kiri kanan.
Biar sejuk. Gula ni akan keras dan retak seperti bunyi kaca pecah bila keras. Ketepikan. (jangan keluarkan gula, biarkan dalam loyang)

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
 Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
 Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian yg sama banyak.
Letakkan warna yang sesuka hati kita...hehehe

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan kuning, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan kuning. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.kemudian hijau
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
 Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven boleh tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
 jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas.Oven gas seperti dia atas ni. macam oven mama Qaseh nie semua benda boleh dimasak...hahahah

Sekian, terima kasih. :))

No comments:

Post a Comment