Friday, February 7, 2014

#Throwback #Part 1 #Happy Birthday To Nur Qayla Qaleeda

 
 Assalamualaikum...
Selamat Tahun Baru..dah masuk bulan Februari...hahaha. Nampak tak kalau nak wish apa-apa jer sure lambat dalam blog ni.. :) peace yoww!!

Bila ada masa free untuk update blog, internet plak buat hal..masa tulah nak slow..masa tulah takde connection..ggrrr!!
kan rumah jangan harap dapat capai laptop. Balik keje dengan memasak, layan anak-anak, melipat baju, basuh baju kadang2 sempat jugak lah mengemop kalau pagi tak sempat nak buat.
Keadaan menyepahkan mainan mmg nombor 1. Qaseh dan Qayla main..dan main. Masuk tidur barulah dapat kemaskan mainan diorang masuk bakul dan esok kejadian tu akan berulang lagi...huhu..
 
tup..tup.. tengok jam pukul 11 lebih..macamana nak memblog.
dah..dah merepek cerita pasal lain plak. Apapun happy dengan kehadiran dua harta yang tak ternilai ini..Penat pun tapi berbaloi.

Chapter pertama untuk diari 2014 semuanyer bermula dengan persiapan harijadi anak mama Nur Qayla Qaleeda. wahh!! dah besar nak masuk setahun yang kenit comel ni..hehe :'D

 
Nur Qayla Qaleeda binti Mohd Hafizullah
was born on 17 January 2014
12.12pm and 2.6kg
Hospital Besar Melaka
 
So, 17 Januari 2014 Qayla genap setahun. Jadi macam biasa mama dan papa akan buat makan-makan untuk harijadi NQQ. Majlis ni menggabungkan dua orang puteri mama iaitu Qaseh 21/9/2013 masuk 4 tahun dan Qayla 17/1/2014 umur setahun. Kira Qaseh dua kali tiup lilin masa bulan september masa tu celebrate kat Kenny Rogers je.
 
Macam biasa konsep majlis kami adalah "makan...makan..dan makan" hahaha. Jadi tidak ada konsep belon2 pun. Sama macam open house kalau kami buat semua lebih pada makan. Nawaitu nak memberi dan bersedekah.
 
Setiap kali buat makan-makan kat rumah. Orang yang datang sure tanya ramainyer even majlis harijadi dari Qaseh kecik sampai ke Qayla. Haa!! nak tau. kami ni bukan sekadar invite kawan2 ajer tetapi sedara mara terdekat sangat rapat termasuk ler anak2 depa pun kami invite include jiran setaman. Mana yang kami biasa je lah.Dah serupa macam kenduri..kikiki!! takpe itu namanyer rezeki.
 
Actually seronok bila tengok mak sedara tu berjumpa mak sedara ni..jadi riuh..best!!..best!!
Tapi yang paling PENTING!!..makanan kena cukup mengikut jumlah jemputan.
Oklah..jom kita layan gambar sepanjang majlis harijadi Qaseh dan Qayla...:)
 


 
Khemah dan pinggan adalah hakmilik sendirian berhad. Sesape nak sewa boleh dengan kami. (15x15) dan (10x10). Pinggan sedikit demi sedikit kami beli dan tambah sebab selalu buat majlis dan tidak berapa minat pinggan pakai buang >_<
** Meja dan kerusi sewa dari luar.




 

Sate 500 cucuk (mix ayam + daging). Terbaik dari ladang. Import dari Masjid Tanah..huhu.
kami suka bakar sendiri :)
 
 

 
Lamb slice by slice (30kg=200slices). Menu terhangat di pasaran.
Terima kasih pada paksu Karim dan adik ipar Din (tiada dlm pic) dtg jauh tu Perak dan Kedah..hehe. serta abg ngah.
 
 Selain itu, ada kuih, nugget, sosej, roti jala dan Nasi Tomato bersama ayam masak merah..
 
 
 
 
 
Tetamu yang hadir saudara mara, kawan2 dan jiran tetangga...
 
 

 
Birthday cake Qaseh dan Qayla berasap2...haha. Dry ice from our uncle.
.thank you so much pakngah Bachok. Kids love its...:)
 
 

 
 
 Our beloved princess: Nur Qaseh Qaleesya turns 4th Nur Qayla Qaleeda turn 1st
 
 
 
Mood Qayla masa ni baik ler sangat.Suka mama tengok. Bila dah caj mata 2 jam tu takde buat perangai nak tido...huhuhu..
 
 

Birthday cake ni sama dengan kek birthday Qaseh tempoh hari. Ermm...Qaseh dah addicted dengan kek aiskrim dari Baskin Robin include mama nyer sekali...hahaha ^-^
 
 
 
 

 
 Nieces and nephew tolong basuh pinggan...terima kasih...
 

 Dry ice!!..tengok siap pakai glove..habis pasu bunga dibuat demo..huhu
 
 

 Amboii!! tuan puteri senang hati. Ramai sepupu melayan dia. Sukalah tuee!!...
 

 
Happy Birthday to You...
Potong kek dengan kakak Qaseh..

 
Berebut kek..mana taknyer kek aiskrim sure ler budak suka..:D
 
 
Sedara jauh dari Kota tinggi datang. hahaa..kebetulan diorang tengah bercuti kat Melaka.
Rezeki dapat makan lamb!!..
 

 apalah masalah diorang ni...basuh pinggan pun gaduh ker?
kakak Mia main air ekk!!
 

 Nekmi dan Neksu...
terpegun dengar cerita...:)
 
 
 Jam 3 ptg orang serbu datang...time ni memang tengah ramai..
happy...happy...
 
 
 Terima kasih pada yang memberi hadiah pada kedua-dua NQQ..
 
 
 ermmm!! tengok Qayla buat muka camtu..
kenangan bergambar ngan Sorfina dan Zihni...anak menakan dari Kedah mai tue..:D
 

Oklah!!..kata2 dari birthday girl..
Terima kasih pada semua yang meraikan majlis harijadi saya dan kakak Qaseh.
Semoga hidangan memuaskan hati dan memohon maaf jika ada kekurangan.
Insyaallah, kita berjumpa lagi di sesi makan...makan..dan makan...hehehe
love u all...
 
Regards:
Qaseh dan Qayla...muahhh!!
 

No comments:

Post a Comment