Saturday, August 3, 2013

The Famos Amos Amer Chocolate Cookies

Ditemani oleh malam yang pekat likat lagi hangat....hangat sungguh malam nie...bak kata orang utara.
Bunyi angin yang kuat bagaikan bumbung nak tercabut tapi tak jugak hujan. Suara2 yang tidak diundang menganggu tidur anak-anakku...hai!! lah katak awat riuh sangat bunyi, panggil hujan kaa...hujan tak mau turun gak.

Dan jugak diriku ditemani oleh bau yang tengit seperti memanggil2...leka dengar lagu raya sampai tak perasan menaip bersebelahan dengan dua biji durian. 
Tengok2 keje siapalah ni kalau bukan papa NQQ, boleh plak dia letak atas meja bukan hantar dapur terus...alahaiii!! suamiku.



Sekarang jam 2 pagi, syoknya orang lain sedang diulit dan dibuai mimpi indah tapi mama NQQ baru jer settle buat biskut raya. Tahun ni lambat sikit buat ntahlah asik tengok kalendar, kira date macam lambat lagi raya..rupanya mggu depan da raya derrr !!!..Satu lagi kalau buat biskut raya awal2 pun tak best tak rasa feel raya...ye ker?? ermmm...???
Sempat jugak lah buat photoshoot kat biskut tue..hahaha...

Biskut raya buat malam-malam sebab tenang sikit takde ler budak kecik 2 orang tu kacau kat dapur. Kang yang sorang nak tidur nak susu, si kakak Qaseh plak sure nak tolong buat. Dia suka tengok bila mamanya buat apa2 kat dapur very  helpful sampai benda tak disuruh pun dia buat contoh pinggan dah basuh dia basuh balik. hehehe *_*. Lagipun kesian nak bagi dia berjaga sama malam2 mcm ni. Weekend waktu siang bolehlah.



oklah tak mau mengomel banyak sangat. Perlukan tidur sekejap mama NQQ ada masa tak sampai 1 jam untuk bangun balik nak hidangkan lauk bersahur selepas itu kita sambung lagi resepi kedua biskut raya. Esok cuti tarak apa maa!! kalau keje 1 resepi sudah cukup...

Ni biskut raya dari resepi chef Amer dengan trademark "terokai dunia coklat". Chef ni memang major pada coklat. famous dengan bengkel2 untuk buat kek,biskut, dan coklat.


liana kongsikan disini sebagai rujukan.

THE FAMOS AMOS AMER CHOCOLATE COOKIES.
Oleh : Chef Amer

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur


Bahan Diayak
300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

Bahan Lain
60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats
250 gm cip coklat


1.            Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
2.            Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.            Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
4.            Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.
5.            Gaulkan hingga sebati dan rata.
6.            Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.
               ~ liana tidak mengguna sudu, kerana tidak sama saiz so, liana buat bulat sebesar 20 sen
                  kemudian tekan menggunakan belakang garfu
7.            Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.

** Boleh salutkan atau celupkan cookies ni dengan coklat masakan putih atau hitam yang dicairkan secara double boiler.





No comments:

Post a Comment