Semalam genap anak mama Nur Qayla Qaleeda berumur 3 bulan...
Pagi2 kena bangun coz nak bawa pergi cucuk 3bulan. menangis ke tak?? mestilah menangis tapi kejap...yang kelakarnya mulut pot pet pot pet...mengadu sakitlah kot kat mama. Macam biasa kakak Qaseh peneman setia kemana saja Qayla berada..hehe
Semakin sihat, membulat dan tentulah semakin comel.
Sweet jer anak mama nie. Macam kakak Qaseh masa kecik2..asyik tersengih bila di agah2..
Pagi tadi masa mama nak siap2 pergi kerja..
Qayla menunjukkan skill untuk meniarap. Seboleh2 Qayla nak pusing.
Mulut pun boleh tahan jugak bising....last2 tangan dah tersepit, terus tak boleh meniarap and terlentang balik...*.* eh! eh! mana gear reverse nie...wakaka!!
kan muka dah merah-merah...cepat betul Qayla nak meniarap.
Alhamdullilah, berat badan pun naik. Insyaallah rezeki anak mama untuk menyusu badan sentiasa ada. Jadi Qayla kena rajin2 menyusu tau...walaupun, terpaksa campur bagi susu Anmum + susu badan dekat mak a.k.a pengasuh sebab mama bekerja. Apa2 pun waktu bersama dengan mama Qayla minum susu badan sepenuhnyer ^_^
# 2 Bulan
# Berat 4.1kg
# Berat 4.8kg
Sentiasa ada rezeki anak mama...
( menambah susu badan : Surah al-Baqarah: ayat 60: )
No comments:
Post a Comment