Wednesday, April 24, 2013

Indulgence versi Mama NQQ dan Api-api steamboat

Hohoho...akhirnya kek Indulgence dari Secret Recipe bukan lagi secret setelah mama NQQ berjaya mengodek2 menjadikannya " Kek Indulgence versi Mama NQQ "  hahaha!!

Oklah!!.. ada rasa walaupun rupa paras kek agak comot skit..sebab lapisan Mousse coklat dan putih cepat cair. Jadi, setiap kali sapu lapisan Mousse kena simpan fridge supaya kek stabil.
 
Hampir setahun tak mengodek kek, bila dicampur darab bahagi tolak dengan kes mengandung dan dalam berpantang adoyaii!! rasa kekok plak nak buat and nak beli barang pun dah ingat2 lupa.

Nasib minggu buat kek tue, ada birthday girl balik. So rezeki Haziqah and termasuk Haziq Hifzan bulan 1. Maklang hutang yekk, sebab tak belikan hadiah masa dalam berpantang >.<
 
Kek ni nampak macam susah dan resipi panjang lebar tapi sebenarnya sangat senang nak buat. Setiap Mousse Coklat dan Putih menggunakan bahan yang sama.
Resepi : http://www.azlitamasammanis.com/2011/03/chocolate-indulgence.html
 


Malam sebelum tue, kami makan ramai2 di "Api-Api Steamboat & Grill". Celebrate birthday girl. Kedai nie ala2 macam Seoul Garden Restaurant, apa2 pun more confident nak makan kerana First Halal, Bersih and of course Melayu. Kitaorang pun makan sepuas-puasnya, selagi tak kenyang jangan balik tau!!...haha. Oklah cuci2 mata dulu..mana tau teringin nak buat kek and nak makan steamboat and Grill.
 


 
 
Also, ada penghibur setiap malam oleh dua anak muda. Persembahan memang best, "Ukulele Malacca" boleh try search facebook diaorang.
 

No comments:

Post a Comment