Thursday, July 18, 2013

Bersahur dengan Magic Meals...

Assalammualaikum...

Ceriakan pagi kita hari ini dengan senyuman bak kata Dato' Fadzilah Kamsah dalam sinar FM, perbanyakkan membaca al-quran, bersedekah pada masjid atau yang memerlukan walaupun seringgit...besar pahalanya dan Insyaallah, Allah permudahkan kerja kita serta dimurahkan rezeki.. Jangan stress2 dalam bulan puasa nie...hari ni sudah 9 ramadhan...sekejap jer kan..pastu kita kira2 esok, lusa, tulat, eh!!...dah rayaaa!!...huahaaa...

Siapa yang dapat "BoNu$$" tue...tadah tangan kita kata "aLhAmDuLiLLaHH" ( ikut tone lagu nasyid Qaseh)..kikiki...
Ni nak story, semalam kami berbuka kat luar atas sebab dah tak sempat nak balik masak. Kes ini difailkan di mahkamah atas sebab musibab papa NQQ habis kerja lambat...kena buat report untuk Big Boss. Adoyaii!! tengok2 lagi setengah jam nak berbuka, terpaksalah berbuka di luar.
Orait!! dah berbuka puasa sure terfikir bila tak masak, sahur nak makan apa nie. Selalunya mama NQQ akan tambah sedikit lauk.

 Maka, dengan itu mama NQQ teringat akan Magic Meals oleh Maggi. Cepat2 pergi cari paket Magic kot2 buka ajer paket tu taraaa!! tersedia makanan..dah kata Magic kan..
Jangan nak mengarut cerita Laksamana Do Re Mi bolehlah...tiup seruling makanan depan mata. *_*
 
Ok!! inilah Maggi Magic Meals
ada 3 jenis iaitu Ayam Kicap Berempah, Kari Ayam Beraroma dan Savori Ayam Masak Merah. Kita cuba ayam kicap berempah. I have cooked it is and easy to prepare...memang magic.



Harga sepaket RM3.69.
Apa yang Magic Meals ni boleh buat ialah senang disediakan dan jimat masa. Hanya masak di dalam periuk nasi dengan beg plastic yang disediakan oleh Maggi. Nowdays, semua dihujung jari klik ajer sehinggakan masak bertambah mudah. 
 
Aii!! ini gaya buatkan anak2 zaman sekarang tak kenal rempah ratus...jangan sampai bawang putih dikatakan halia...^_^
Magic Meals ini sesuai bagi mereka2 yang travel, student2, mereka2 yang MaLaS memasak...hehehe ataupun secara tiba2 gass!! dah Habisss!!...hah ini lah alternative yang boleh diguna pakai.
 
Bahagian belakang paket ada cara-cara nak masak. Terdapat 5 step boleh tengok dan baca di situ ataupun layari video Maggi Magic Meals kat youtube dihoskan oleh Dynas Mokhtar.



Yang ini pulak, bahagian dalam paket terdapat paket rempah dan beg plastic beserta tali yang dikhaskan (4 segi kecik)
 
Sebagai pengguna kita tak perlu risau sebab plastic yang digunakan bebas radikal serta diluluskan untuk dimasak dalam periuk nasi dan jika lihat plastic magic ini sangat nipis. Nasi masak, ayam dalam plastic pun masak. Senangkan!!...
 
Kalau nak sedap lagi boleh tambah cili padi ada rasa pedas2 sikit, nak tambah sayur pun boleh dan lagi sedap kalau perah limau nipis bila kita hidangkan...perghh!! terangkat. Apa-apa pun air tangan kita memasak sendiri lagi "kawkaw " nya untuk keluarga tersayang..Magic Meals ini jika terdesak ajer ok...
 
Selamat mencuba....^_^...

No comments:

Post a Comment