Sunday, June 30, 2013

Pernah rasa keropok sayur bayam???..

assalammualaikum...

Hari ahad hujung minggu hari bersantai dan berehat seisi keluarga.
Tak keluar mana pun minggu ni walaupun sana sini dah terpampang "Sale" !!! "Sale"!!!...
malam tadi tengok bola pun frust, Johor kalah dengan Kelantan 0-1...

Malas nak taip panjang2...
Hari nie menu udang galah masak kari bersama nenas,
sayur kailan ikan masin, 
telur ikan parang asam pedas Melakauuu...^_^.

hohoho..banyak lauk..bila dah ramai2 balik...



Dan ditambah 2 menu berkhasiat Ayam Boxing Oat Berempah Crispy...Resepi asal disalut dengan emping jagung tapi dah takde salut dengan Oat...so,ada healthy skit.
Resepi dari dapur kak Azlita Masam Manis



Ayam Boxing Oat Berempah Crispy
(doublekan bahan jika seekor ayam)

5 ketul ayam - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
6 helai daun kari

2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar madu
sedikit lada hitam kisar
garam secukup rasa

2 biji putih telur ~ dipukul

1 cawan emping jagung yang telah dihancur - liana guna oat
minyak untuk menggoreng


satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu
Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar

Celupkan ayam ke dalam putih telur
Golekkan ayam di atas emping jagung dengan sempurna
Goreng ayam dengan minyak yang panas
Angkat ayam dan toskan.


* bagi mereka yang alah pada makanan berempah sila abaikan rempah kari dan lada hitam
* Ayam pula boleh dibakar jika tidak suka di goreng.



Satu lagi, resepi papa NQQ buat keropok sayur bayam. perghh!! memang sedap and rangup. Ilham tu datang masa papa NQQ beli keropok kat Banting. 


Keropok Sayur Bayam..
Resepi papa NQQ

Daun Bayam
Tepung Gandum
Tepung Beras
sedikit air kapur - untuk rangup.(petua mak mertuaku utk menggoreng kuih)
secubit garam.



Kelebihan keropok nie, bagus jugak menggalakkan kanak-kanak atau sesiapa ajer yang tak makan sayur..Sure makan nyer...

oklah, perut dah kenyang...apa kata sambung tido...ahakkk!!....


No comments:

Post a Comment