Tuesday, January 31, 2012

Banyakkan Bersabar

Assalamualaikum...

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan:” (QS An Nahl : 53)
 

Nekma Qaseh di Hospital Serdang, Tingkat 8, Wad 8B, Bilik 11


26/1/2012 (Khamis)

Jam 6 petang dapat call dari adik. Cemas jer suara dia. Dalam kepala ni, dah start fikir macam2 apa ler yang jadi kat kg. coz tak pernah2 dia call suruh tetiba balik kg.Then, adik kata mama jatuh. Still ok lagi hati ni. Tetiba, dia kata mama tak boleh bangun, kaki bengkak and tulang kaki patah. Adooii!! terus beristighfar. Macamana boleh jatuh, kaki boleh patah. Memang time balik kerja, so kitaorang shoot balik kg. Nasib 30 minit dari tempat kerja. Adik kata mama tak bangun dia tak boleh papah. So, kami terus call abg saudara (abg jepi) untuk tolong adik angkat mama. Sementara kitaorang dalam on the way balik. Time ni, ada kawan mama teman aunty salmah dgn husband datang.

Masa mama jatuh, takde sape kat rumah yang adik pergi library dan beli barang mama suruh. 1 jam mama kat luar rumah tak boleh gerak langsung. Nasib baik juga, Allah menyebelahi mama, masa mama jatuh adik takde kelas di Uni. Kalau tak, memang mama sorang2 ler jawabnye kat luar dan nak dijadikan cerita masa kejadian berlaku mama tak bawa handphone plak tue. Selalunya, dia bawa kalu kemas2 kat luar. Nasib tak hujan masa mama sorang2. Selepas 1 jam baru adik balik dari library dan terjumpa mama menangis kesakitan kat tepi tangga.
aduhaii!! kesian sangat mama, tak boleh bayangkan macamna jika takde sape2 tolong..

Abg jepi datang terus bawa pergi hospital Alor Gajah. Kami terus tunggu dia di hospital. Segala bagai dibuat, X-ray pun sudah. Pihak hospital minta hantar ke Hospital Besar Melaka sebab patah teruk dibahagian buku lali. Dak Adik teman mama naik ambulan. Kami follow belakang ambulan yang selaju2 nyerr. Setibanyer, kat sana mama kena tahan wad.
Hari pertama, adik teman mama tidur kat wad. Malam tu semua adik beradik balik. Kaki mama semakin membengkak dan pihak hospital masih menunggu arahan. Sampai bila?? Dua hari mama kat sana belum operation dan bengkak semakin teruk.

 Terus abanglong pindahkan mama ke Hospital Serdang. Lagipun senang, coz abanglong doktor bahagian rehab jugak kat Hospital Serdang. So, senang dia nak merawat dan memantau perkembangan kaki mama. Itupun, abanglong x-ray kali ketiga rupanya kaki mama bukan takat buku lali jer patah tapi tulang atas jugak. Hentakkan kuat rasanya mama jatuh ni, tersalah pijak tangga luar.

Satu besi kecik tembus masuk...adoiii!! sakitnyerr
untuk tarik sendi mama dengan pemberat kat bawah 3 kilo. ( gbr pemberat tak amik, tak sanggup tgk)


Dua hari jugak kitaorang adik beradik berkampung kat Hospital Serdang teman mama dari tengahari sampai ke malam. Bilik di Hospital Serdang pun luas, mama sorang jer. Bila malam take turn jaga. Mama Qaseh, papa Qaseh + adik pasni take turn hujung minggu jer jaga mama coz kena stay rumah kg.
Takpelah, at least takde risau sangat sebab abanglong ada sana. Angah pun boleh tengok2 mama jugak kat sana.

Anak2 mama sentiasa doakan mama cepat baik, dan boleh berjalan seperti biasa. Sunyi plak rumah bila mama takde nak borak2. Dak Qaseh asyik tanya mana nekma..hati mama Qaseh yang dengar ni asyik sebak, sayu jer..huhuu..sabar banyak2...


4 comments:

  1. takut nak tngok..banyak2 kn bersbr yer..

    ReplyDelete
  2. Asalam.. Liana,

    bagaimana keadaan mama? sudah keluar hospital belum? Kirim salam untuk mama. Kami di sini mendoakan agar mama cepat sembuh insyaallah..

    Mak Long Jalilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam maklong,
      kaki mama dah susut bengkak, juz ada darah beku di dalam yang kena cairkan dulu before operate,
      lastweek tak jadi, so thisweek akan opearation. takut effection pada besi yang dimasukkan..

      Delete
  3. Hai ya, ayah hafiqah bukan ortho la.. Rehab specialist la maklang..

    ReplyDelete