Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati dan
sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa
yang dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia
telah berjaya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang –orang
yang terpedaya.
Wahai (nama jenazah binti nama ibu)
Kamu sekarang sedang berada di sempadan akhirat
dan menuju ke alam baqa’ tinggallah di sini hingga hari kiamat. Sudah terputus
segala kemewahan bagi kamu,sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi
kamu. Sesungguhnya sudah terpisah segala
pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang kau bawa untuk mengadap
Allah Azzawjalla.
Sedekah jariah yang engkau berikan dengan seikhlas
hati semata-mata kerana Allah. Ilmu manafaat yang engkau ajarkan di dunia dan
anak yang soleh mendoakan bagi kamu
Wahai (nama jenazah binti nama ibu)
Kami akan tinggalkan kamu di dalam liang lahad yang sempit dan gelap gelita ini. Setelah kami meninggalkan kamu ,maka akan datang dua malaikat yang bernama Mungkar dan Nakir untuk menyoal kamu dengan perintah Allah, maka jangan kamu takut dan gentar, jawaplah dengan lidah yang fasih lagi lancar kerana mereka juga makhluk Allah seperti kamu.

Siapakah tuhan
kamu
Siapakah nabi kamu
Apakah agama kamu
Di manakah kiblat dan
penghadapan kamu
Apakah ikutan kamu
Dan siapakah saudara-saudara
kamu
Ketika itu jawaplah dengan lidah yang lancar lagi
yakin
Allah tuhanku
Muhammad SAW
nabiku
Islam agamaku
Ka’bah itu kiblat dan penhadapanku
Al-quran ikutan pedomanku
Dan tiap-tiap orang islam adalah
saudaraku
Wahai (nama jenazah binti nama ibu)
Jangan sesekali engkau lupakan perjanjian dan
pengakuan kita semasa di dunia,iaitu lafaz
اشهد ان لا اله الا الله
واشهد ان محمد رسول الله
Wahai sekalian hamba-hamba Allah, ketahuilah oleh
kamu bahawa mati itu benar,soal munkar dan nakir itu benar,azab dan nikmat kubur itu
benar,semua manusia akan dibangkitkan semula di hari kiamat benar dan diberi balasan syurga dan neraka
itu juga benar.
Seksa kubur berselisih tulang rusuk kamu dari kiri
ke kanan dihimpit bumi,jika kamu berdosa, ular besar akan mematuk dan menghisap
darah hingga hancur lebur segala urat dan daging kamu. Nikmat kubur pula diluaskan
kubur kamu sejauh mata memandang,dihimpit bumi umpama anak kecil dipelukan ibu
kamu.Maka tinggallah kamu di sini dengan aman dan sentosa hingga ke hari
kiamat.
Kami serahkan kamu kepada Allah yang maha pengampun
dan penyanyang untuk memberi balasan di atas apa yang telah kamu
kerjakan
Wahai (nama jenazah binti nama ibu)
Mudah-mudahan dicucurinya rahmat dan keampunan keatas kamu.amin…amin ya rabbal alamin
Mudah-mudahan dicucurinya rahmat dan keampunan keatas kamu.amin…amin ya rabbal alamin
Pusara arwah abah @ ayah mertuaku @ abah wan kepada cucu2 nya. Telah kembali ke pangkuan Illahi pada 1/6/2013 hari Sabtu bersamaan 22 Rejab. Pada jam 9.45 pagi.
Al-Fatihah.
Hari ini genap 10 hari pemergian abah. Sangat sekejap masa berlalu. Rasa bagaikan abah masih ada di sisi kami semua. Tapi yang hidup pasti akan mati, itulah janji2 Allah kepada hamba2 nya.
Ayah mertuaku Abdullah bin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan abah telah meninggal dunia pada 1/6/2013 atas sebab sakit jantung. Abah yang dilahirkan pada 18/5/1952 meninggal pada umur 61 tahun, yang mana bagiku masih muda umurnya. Tapi apakan daya, ALLAH lebih menyanyanginya. Abah telah meninggalkan seorang isteri yang setia disisinya hampir 38 tahun hidup bersama iaitu mak, 7 orang anak dan 10 orang cucu yang masih kecil. Arwah abah adalah seorang bekas tentera, tamat tempoh perkhidmatannya, abah telah menjadi pesawah sepenuh masa untuk menyara kehidupan keluarga.
Selama 6 tahun menjadi menantu arwah, arwah seorang abah yang mulanya agak susah untuk aku dekati. Kemungkinan aku menantu sulung perempuan agak terbatas untuk berbual rancak dengannya tapi kelama-lamaan alhamdullilah aku dapat sesuaikan diri. Aku dapat tarik perhatian arwah abah dengan setiap masakan yang aku masak setiap kali balik ke kampung. Sukanya tengok arwah abah makan sama seperti arwah papa lebih gemar makan masakan di rumah. Arwah abah seorang yang baik hati,suka berborak dan pemaaf orangnya.
Selama 9 hari aku dikampung haritu selepas arwah tiada, setiap kali masak aduhh!!..luluhnya hati..sayunya hati takde lagi orang yang menegur " nana masak apa hari nie",Tidak kedengaran lagi, lawak abah dan gelak tawa abah yang selalu mengusik mak, anak2 serta menantu. Selama aku berkahwin, abah lah ayah kedua ku selepas pemergian arwah papa pada tahun 2005.

Hari pertama arwah abah di hospital
Arwah telah dimasukkan ke hospital pada 28/5/2013 di Putra Medical Centre,Alor Setar Kedah selama 4 hari. Atas sebab 3 Saluran darah pada jantung tersumbat membuatkan keadaan abah bertambah kritikal. Pada minggu arwah di hospital memang aku dan abg bercadang hendak balik tengok arwah bagi menguruskan pemindahan hospital serta membincangkan tentang pembedahan. Tapi kami tak sempat melawat arwah apabila menerima panggilan dari adik ipar pada pagi sabtu, mengatakan arwah telah dimasukkan ke wad ICU. Kami yang ketika itu baru bergerak hendak balik ke kedah, dalam perjalanan di atas highway selang 45 minit selepas itu, adik bagitau abah telah menghembuskan nafasnya.
Ya, Allah aku yang ada dalam kereta bagaikan tak percaya, sekelip mata arwah pergi meninggalkan anak2 nya. Baru sahaja aku bercakap dengan arwah abah dua hari sebelum tue. Menitis airmata aku. Abang sebagai anak kedua kali terakhir berjumpa arwah ketika balik mengundi 4/5/2013. Apalagi, Allah memberi dugaan lagi pada anak2 nya dengan dugaan paling besar yang patut kami semua terima dengan redha. Kami tak sempat berjumpa arwah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital.

saat akhir bercakap dengan abah ketika ini. 2 hari sebelum meninggal
Dalam perjalanan balik, sepanjang perjalanan dari Rawang hingga ke Penang jalan sesak, kereta banyak, ialah lagipun musim cuti sekolah. Pada masa tu, kami dah tak kira peraturan lagi, abang bawa kete dengan laju dan masuk laluan kecemasan mengejar masa untuk berjumpa arwah. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaaan anaknya iaitu suamiku ketika itu dalam keadaan sedih sambil memandu. Aku hanya mampu berdoa supaya Allah panjangkan masa pengkebumiaan sehingga kami sampai terutama buat suamiku untuk berjumpa arwah. Akhirnya doaku termakbul apabila adik ipar call mengatakan akan kebumikan jenazah jam 6 petang sehingga kami sampai.

Jam 4 petang kami sampai diperkarangan rumah dengan hati yang sayu melangkah masuk. Orang pertama yang aku jumpa dan peluk adalah " Mak". Mak menerima dugaan ini dengan penuh sabar. Alhamdullilah, ramai yang datang mendoakan arwah. Kami sampai arwah baru sahaja nak dimandikan. Syukur sekali lagi, abang sempat menatap wajah arwah, memandikan arwah, mencium arwah abah buat terakhir kalinya sehingga selesai jenazah dikebumikan. Terima kasih Ya Allah engkau memberi peluang kepada suamiku. Hanya engkau sahaja yang tahu apa aku pinta untuk suamiku..aminn..
Hari kedua, pemergian arwah abah... aku dan abang rasa macam arwah ada dalam rumah bersama kami. kenapa aku berkata begitu, kerana arwah seorang yang suka menghabiskan masa di rumah dengan anak2 dan cucu. arwah lebih suka makan di rumah berbanding di kedai2, arwah suka berborak dengan anak dan menantu di pondok kecil depan rumah. Suka menghisap rokok daun di depan tv sambil sembang dengan kami. Kadang2 ada jugak part2 teringat arwah menitis jugak airmata aku nie. Semasa arwah di hospital, mak lah peneman setia abah. Melalui cerita mak, abah tak bagi mak tidur di atas kerusi, arwah mengajak mak tidur bersama2 di atas katil. Lihat betapa besarnya kasih sayang mereka.
Tempat abah bersembang dan berehat....
tempat abah bersolat di tingkat atas rumah..
semua dalam kenangan...
Pondok tempat abah berehat pagi dan petang....
Tempat abah bersembang dan berehat....
tempat abah bersolat di tingkat atas rumah..
semua dalam kenangan...
Mak menerima pemergian arwah abah dengan penuh sabar dan tabah. Mak mengatakan dia bersedia dengan pemergian abah apabila abah asyik menyebut mati dan akan meninggalkan mak. Mak berkata lagi, kalu abang mati, mak nak tinggal dengan sape, abah berkata tak perlu risau anak2 ada aku dah tinggalkan anak2 untuk kamu. Mak bercerita lagi, malam terakhir bersama abah, abah mengatakan ada 7 orang datang didepannya, mak plak kata mak tak nampak apa pun. Pada ketika itu, mak mula sedar arwah sudah berada di saat2 panggilan Allah. Mak mula membaca Yasin, Sebelum arwah dimasukkan ke ICU mak kata arwah elok sembang dengannya, ajak amik gambar berdua, selera makan baik. Pagi sabtu, tiba2 arwah abah merasa sakit dada dan susah bernafas lalu dipasangkan oksigen padanya. pada ketika itu, arwah berdua sahaja dengan mak, dan kata2 terakhir arwah ialah menyuruh mak ambil gambarnya yang dipasang wayar oksigen untuk anak2 tengok. tak disangka itu gambar terakhir arwah.
"Ya Allah engkau ampunkanlah dosa2 arwah, tempatkan arwah semulia2 nya disisi Mu"
" Semoga Allah melapangkan pusara papa dan pusara abah, selapang-lapangnya sepertimana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang beriman dan melalui doa anak2 akan menjadi peneman dan penyabung di alam barzakh.
AL-FATIHAH
HJ. AB.MALIK BIN HJ.SHEIKH AHMAD
13/6/1946 ~ 1/2/2005
dan
ABDULLAH BIN BAKAR
18/5/1952 ~ 1/6/2013
ABDULLAH BIN BAKAR
18/5/1952 ~ 1/6/2013
inilah blog yg buat aku menitis air mata...
ReplyDeletekuatkan semangat...mati adalah pasti, hidup insyaallah
ReplyDeleteBanyakkan sedekahkan alfatihah kepada arwah pakndak.
ReplyDelete