Friday, December 30, 2011

DONUT TAUFU LEMBUT

assalamualaikum dan salam 1 malaysia...

Dah year ended ni sure ramai yang malas nak buat kerja kan?? dan ada plak rajin bekerja moga2 tahun depan boleh rileks sikit...huhuu..Tak kisahlah, yang penting korang happy coz dapat 'bonus'..haha ^.^


 Sale!! still ada lagi..nak pulak Jaya Jusco dari 2hb dah extend sampai 29 Januari plak tue. Sakan korang shopping hujung2 tahun nie..Shopping agak2 yek..jangan membazir sangat2..

Malas nak taip panjang2. Sebenarnya nak letak resepi ni sebagai rujukan diri sendiri dan kawan2 yang nak cubalah. Cerita ni kes minggu lepas, time hujan lebat hari cuti tue. Dari pagi sampai ke malam hujan, Well, rumah mama atas bukit sejuknya dah macam kat cameron. Bila hujan non stop perut ni asyik lapar jer, even dah makan nasi. Nak2 plak semua balik berkampung kat rumah mama lagi buat semua mulut ternganga nak makan...hehehe

Kali ni liana buat Donut..hehehe. Tapi, tapi kan donut ni tak kosong malah ditambah dengan Tauhu lembut. So, donut ni rasa gebu dan manis2 gitu. Dua kali buat, dua kali diorang habis makan.. Alhamdullilah, suka bila buat orang makan habis..Jenguk2 lah resepi and try buat tau..sedapp!!!.


DONUT TAUFU LEMBUT

Sumber Dapur : Rosmarlina Azlita Aziz


300 gram tepung gandum                                        
125 gm taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
160 ml susu suam atau air suam
40 gm shortening
4 sudu besar gula
6 gm yis
100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Kaedah  Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

3. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment