Friday, October 21, 2011

Baby dah tiada...

untuk Nur Qaseh Qaleesya,
ketika mama menulis blog ini, mama berada di wad hospital besar. mama kena admit sebab keguguran. adik Qaseh telah gugur dari kandungan mama. mama cuba pertahankan kandungan ini tapi gagal. baby tak dapat diselamatkan. Masa ini, mama lihat pesakit lain tidur dengan nyenyak walaupun jam baru pukul 9 malam. tapi mama tak dapat tidur.orang lihat mama senyum gelak tapi sebaliknya mama sedih...sedih dengan baby mama. Firstime terjadi pada mama dan amik sedikit masa untuk mama pujuk diri ini dan kini ianya jadi pengalaman dan kenangan buat mama papa.

13 oktober 2011
Mama disahkan pregnant oleh klinik swasta. hampir 6 minggu kandungan.
Mama dengan papa happy sangat2 sebab Qaseh dah ada kawan untuk main. Papa dah start berangan2 baby boy. Siap google nama baby lagi..hahaha.

18 oktober 2011
Pada malam 18hb, badan mama sangat penat, letih dan mengantuk.Tapi mama tak dapat tidur. Macam tidur2 ayam.Sekejap2 mama terjaga kemudian belakang sakit2. Pusing kiri tak kena, pusing kanan pun sama. Dalam jam 3 pagi perut mama mula terasa sakit perlahan- lahan dan kerap membuang air besar. Mama tak bagitau papa ingatkan sakit perut biasa. Keesokkan pagi, sakit hilang dan mama pergi keje macam biasa.

19 oktober 2011
Sama seperti malam sebelum tue, waktu malam mama kerap rasa letih.Cuba untuk tidur tetap sama. Tiba-tiba mama rasa malam ni sakit perut berbeza. Sakit yang amat sakit,Qaseh. Sakit yang susah untuk mama describe. Lebih teruk dari senggugut. Mama start kejutkan papa, tapi papa kata takde apa kot. Jadi mama pun sapu ubat jer. Esok mama pergi keje macam biasa tapi keadaan menjadi luarbiasa apabila darah keluar. darah tak mengalir tapi pekat. Mama menangis dan takut kalu apa2 jadi pada baby. Mama terus call papa.  Kemudian, kami terus ke panel klinik. Doktor scan perut, tapi baby takde cuma sarung baby jer.mama menangis adakah mama kehilangan baby. Doctor panel terus buat surat ke hospital besar untuk scan melalui bawah kerana kandungan masih kecik jadi scan dari bawah lagi jelas. Mama dihantar ke emergency room. Mama berjumpa dengan doctor pakar doktor Avanathan. Doktor Avanathan yang menolong dari awal hingga akhir keputusan. Sangat baik doktor nie penerangan dia membuatkan mama papa think positif. Keputusan scan dari bawah,menggembirakan mama papa sebab kelihatan jelas baby ada dan dengar denyutan jantung. Syukur alhamdullilah, mama dibenarkan balik dan perlu berehat di umah.Memang tak boleh dielakkan,darah tetap keluar setiap kali berjalan atau berdiri. s, mama tak boleh banyak gerak. mama dapat cuti sakit dan hati mama happy nya time ni,Qaseh sebab baby selamat.

20 oktober 2011
Mama cuti sepertimana cuti yang diberikan oleh doktor. Pagi ni, papa kena hantar Qaseh so, mama tak boleh teman. Mama tak sihat,sayang. Qaseh menangis sekejap dalam kereta papa cakap. Papa umpan keropok,air kotak kat shell. lama-kelamaan anak mama ni ok,makan keropok dalam kereta. Comel bila Qaseh cari mama. Pagi tue, mama tinggal sorang di rumah.Setiap kali bergerak darah akan keluar di pad. Mama lebih banyak baring. Jam 10 pagi,terasa ingin ke toilet. Mama ke toilet untuk kencing. Sampai saje di toilet, tiba2,darah laju keluar dengan kencing tanpa henti. Berapa kali perkataan Ya ALLAH terkeluar dari mulut mama.mama lupa mama dalam toilet. Dengan perasaan terkejut melihat darah tak berhenti keluar,dalam masa darah keluar terdengar satu benda jatuh "tup" dan mama terasa ianya keluar dari bahagian depan. Ya ALLAH, adakah baby yang keluar?? cuba tengok dalam toilet bowl tapi tak nampak. semua dah ditutupi dengan darah. Akhirnya,mama flush.

Mama merangkak dapatkan phone untuk call papa. Tapi voicemail.Jiran sebelah pun takde.Mama call uncle Krel officemate papa minta dia cari papa. Akhirnya uncle krel dan member datang rumah bawa mama ke emergency room.time ni darah mula pekat berbentuk seketul2 keluar. sakit sangat2 darah ketul2 keluar perdarahan tidak mengalir.dalam bape minit jiran sebelah pun balik.makcik baiti teman mama dengan uncle krel.akhirnya,dapat call papa.terus ke emergency room. ALLAH menguji lagi,untuk berjumpa dengan doktor Avanathan terpaksa tunggu 5 jam diluar kerana terlalu ramai pesakit. selepas itu,doktor terus dahulukan mama.

Qaseh, doktor scan mama sekali lagi. tapi sedih jantung takde bersama2 baby.tiada denyutan jantung lagi mama dengar.papa pun ketika scan.tapi doktor Avanathan memberi mama peluang sekalimlagi untuk scan keesokkan hari.kemungkinan,jantung tu samar2.dia pun tak berani membuat keputusan awal.mama menangis sepanjang balik ke rumah.mama peluk Qaseh dan berdoa semoga jantung baby ada.

21 oktober 2011
jam 3 pagi,kaki mula kebas,darah dah mula menjadi gumpal2. sakitnya bila darah gumpal keluar. jam 7 pagi,lagi banyak darah gumpal seperti darah hidup2.akhirnya,mama packing barang for sure mama kena tahan wad. papa terus hantar mama ke hospital pakar sakit puan. sekali lagi doktor Avanathan scan mama. 21 hb jatuh pada hari jumaat,doa tak putus dari bibir mama.semoga hari jumaat membawa satu keajaiban pada mama dan papa. tapi,keputusan tidak menyebelahi kita. Allah lebih sayangkan dia. sekali lagi mama diuji, sebelum ini denyutan jantungnya takde sekarang baby yang tiada dalam sarungnya. sarungnya kosong bila discan. doktor dapat menarik sarung baby dipenuhi air ketuban.sarung baby tak sampai 1 cm. kemungkinan cebisan daging yang belum cukup sifat ada bersama2 darah gumpal yang keluar pagi tue. mama hanya menangis dalam hati walaupun baby baru nak menjadi cuba untuk kekalkan baby dalam perut. tapi baby dah tinggalkan kita.mama dan papa redha.takde rezeki.

Qaseh,
apa yang mama catitkan ini mama nak qaseh tahu bila besar nanti. yang Qaseh ada adik tapi dalam 7 minggu kandungan dan baby tak dapat diselamatkan.semua ini adalah ujian ALLAH pada hamba2 nya. mama tak boleh lupakan setiap tarikh ini. mama akan menangis. pada tarikh ini jugak 21hb qaseh dilahirkan, tarikh ini juga qaseh genap 2 tahun 1 bulan, tarikh ini juga papa dilahirkan,dan tarikh ini juga baby pergi buat selamanya 21 oktober 2011. semua ini ada hikmah.insyaallah,rezeki mama dan papa akan ada lagi selepas ini..amin..

Monday, October 10, 2011

cerita hujung minggu...

sekejap jer dah masuk minggu ke-2 bulan 10. Dah start keje balik, 2 hari cuti rasa cam belum puas nak luruskan tulang2 nie. Dan agak lama jugak tak masukkan entry baru..naik bersawang blog ni haahhh =.=

Hujung minggu lepas, liana tak balik kg. kalu tak every weekend muka kami ler terpacak kat umah mama. Tapi disebabkan en.suami kursus hari sabtu jer dari pagi sampai tengahri, So, amik keputusan stay umah taman ajer. ermmm..